Berita Gerakan

Dasar adil PAS mencabar untuk dilaksana – Gerakan

Sep 3, 2022

Menganggap dasar adil untuk semua yang ditekankan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebagai baik, Gerakan berpendapat cabaran sebenar ialah merealisasikan hal itu.

Presiden Gerakan, Dominic Lau, berkata antara isu yang perlu diperjelaskan berhubung keadilan yang dibawa PAS ialah mengenai sikap mereka kepada konsert di negara ini.

Merujuk kepada kenyataan Pemuda PAS mengenai konsert yang mahu ia dilarang, Lau berkata, isu tersebut perlu diterangkan untuk mengelak sebarang salah faham.

Bagi Gerakan, katanya, jika alasan yang diberi boleh diterima, mereka tidak ada masalah untuk bersetuju dengannya.

“Bagi kita (Gerakan) jika konsert dianjurkan tidak baik – katakan (misalnya) ada dipersembahkan oleh LGBT – yang itu kita pun tidak terima,” katanya dipetik harakahdaily hari ini.

Lau ditemui selepas majlis perasmian dan ucapan dasar Abdul Hadi sempena muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Untuk rekod, Gerakan adalah satu daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS.

Kata Lau, konsep adil yang ditekankan Abdul Hadi memang boleh tercapai jika PAS berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada rakyat negara ini.

Jika ada katakan apa-apa kenyataan yang mengelirukan masyarakat bukan Islam, katanya, PAS mesti membuat penjelasan segera untuk mengelakkan berlaku salah faham.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Abdul Hadi menyentuh isu keadilan yang dibawa PAS. Antara lain ia menyarankan keadilan dalam kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan untuk melakukan pembaharuan itu, PAS memerlukan kedudukan yang lebih kuat dan strategik bagi membolehkan tawaran yang dibawa dilaksanakan dengan kuasa politik tanpa sebarang halangan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi