Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Deepavali dirai dengan aspek keselamatan

Nov 15, 2020

KUALA LUMPUR: Sambutan Deepavali tahun ini masih meriah meskipun terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan susulan penularan pandemik covid-19.

Menurut Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, Puvaniten M. Helan Govan, pastinya ia berbeza dengan sambutan sebelum ini kerana aspek keselamatan ditekankan supaya tidak wujud kluster baharu boleh menambahkan bilangan mangsa dijangkiti Covid-19.

Berikutan itu, kawalan emosi semua pihak penting kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan dengan sanak-saudara.

“Deepavali boleh diraikan dengan meriah sekali dengan mematuhi SOP. Janganlah emosi kerana jauh dengan sanak-saudara kerana kita harus ingat bahawa komitmen untuk mematahkan rantaian Covid-19 adalah tanggungjawab kita semua.

“Jadi kita harus memikirkan pihak-pihak lain yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas tanpa mengira waktu dan cuaca,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Puvaniten, sambutan kali ini memberi mesej kepada semua pihak perlu terus mengharungi cabaran dalam menangani pandemik dengan sebaiknya.

“Kes-kes harian dicatatkan pada masa ini agak tinggi sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (di beberapa negeri) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

“Ada barisan hadapan yang terpaksa bertugas sempena Deepavali tidak kira sebarang profesion, anda sentiasa diingati dan dihargai oleh rakyat Malaysia”. Jelasnya.

Beliau dalam masa samamenasihati semua masyarakat untuk mengamalkan tiga perkara utama iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan elakkan tempat yang sesak bagi mengelakkan diri daripada penularan Covid-19.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi