Siaran Akhbar

Demi rakyat kemakmuran bersama

Mac 1, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia melangkah setahun hari ini.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tempoh setahun ini memang masa paling mencabar kerana ketidak-tentuan asas politik negara, ekonomi dunia yang terancam dan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat.

“Dalam tempoh singkat ini, pelbagai program yang menjurus kepada kepentingan rakyat dan negara dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kerajaan PN telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan pakej rangsangan ekonomi berbillion ringgit dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat dan memperolehi vaksin dalam usaha membanteras wabak COVID-19.

Beliau juga berharap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin terus diberi kekuatan dalam segala urusan yang direncana untuk kepentingan rakyat dan negara.

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

(吉隆坡23日讯)由团结政府公布的“2025年国家财政预算案”,犹如给中小型企业丢了一颗“定时炸弹”,尽管主题为“焕发经济,产生改变,惠及人民”,民政全国主席拿督刘华才博士表示,这不仅仅是通过剥夺富人帮助穷人,也给中小企业带来了冲击,还可能给正在幻想加薪的公务员带来一颗“定时炸弹”。 刘华才今日率领民政领袖,前往拜访马来西亚中小企业公会(SME Association of Malaysia),双方进行了一系列坦诚并友好的交流。...

baca lagi