Berita Gerakan

Dengar suara rakyat tolak asrama pekerja asing

Jan 2, 2024

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus mendengar suara hati rakyat yang menolak pembinaan asrama pekerja asing di kawasan Teluk Kumbar.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow perlu lebih berperikemanusiaan dalam menangani isu tersebut.

”Kerajaan negeri tidak patut sekadar melihat kepada segala urusan permohonan projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

”Tetapi juga harus mendengar suara hati rakyat yang disampaikan melalui satu demonstrasi yang diadakan penduduk Teluk Kumbar baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman Sabtu lalu, bagi membantah serta mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, berdasarkan kelulusan yang telah diperakukan di Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, dianggarkan seramai 32,680 pekerja warga asing akan ditempatkan di kawasan Teluk Kumbar.

Menurutnya, maklum balas daripada kerjaan negeri setakat ini seolah-olah menunjukkan langsung tidak ingin membuat pertimbangan yang mesra dan berorientasikan rakyat.

“Keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini adalah amat tidak adil kepada rakyat di Teluk Kumbar.

”Ini kerana kerajaan negeri tidak memandang serius kesan ke atas keselamatan dan kehidupan rakyat di Teluk Kumbar apabila kawasan itu dibanjiri pekerja asing,” katanya.

Tambahnya, penduduk di Teluk Kumbar yang berhak mengundi, merupakan rakyat negeri ini, justeru kerajaan negeri harus memberi perkhidmatan dan mengutamakan kebajikan mereka, bukannya pekerja asing atau majikan pekerja asing.

“Sebarang rancangan pembangunan yang bakal dijalankan di negeri ini perlu dibuat pertimbangan dan keputusannya berdasarkan beberapa kriteria.

”Contohnya sama ada rancangan itu akan memberi impak kepada kehidupan harian, persekitaran, kesihatan dan keselamatan rakyat tempatan,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi