Berita Gerakan

Desak batalkan PSI, Gerakan alu-alukan LRT di Pulau Pinang

Mei 8, 2023

GEORGETOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penambahan dana dalam satu skim yang besar untuk melaksanakan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.

Susulan daripada itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berharap agar kerajaan negeri membatalkan projek Selatan Pulau Pinang (PSI) dengan segera.

Menurutnya, selain itu, pihaknya berharap agar Anwar mendengar keluhan rakyat mengenai kebimbangan mereka sekiranya projek mega yang melibatkan tiga buah pulau buatan itu masih akan dilaksanakan.

“Kerajaan negeri menyatakan bahawa pengumuman Anwar adalah satu hadiah buat Pulau Pinang dan selaras dengan keinginan rakyat di negeri ini yang inginkan perkhidmatan LRT dilaksanakan.

“Dengan pengumuman yang dibuat dua hari lalu itu juga hampir merealisasikan impian rakyat Pulau Pinang yang bertahun inginkan LRT tetapi Anwar dan kerajaan negeri perlu ingat, rakyat juga menolak projek PSI yang hanya akan merosakkan alam sekitar dan mengganggu keterjaminan makanan.

“Rakyat tetap dengan pendirian mereka iaitu ingin projek tersebut dibatalkan segera dengan alasan-alasan yang kukuh,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sabtu lalu, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan menambah dana dalam satu skim yang besar untuk melaksanakan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang.

Anwar berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan perkara tersebut dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Tambah Anwar, beliau juga mengarahkan supaya projek PSI dikaji semula dan mengecilkan skopnya.

Dalam pada itu, Tong Keong menambah, pihaknya berharap agar Anwar mendengar keluh kesah rakyat dan mengarahkan agar kerajaan negeri membatalkan projek berkenaan dan bukannya dikaji semula atau mengecilkan skopnya.

“Dulu, kerajaan negeri bagi alasan, projek tambakan laut ini adalah untuk pembiayaan projek LRT namun dengan pengumuman Anwar baru-baru ini, kerajaan negeri sudah tiada alasan lagi. Pengumuman penambahan dana oleh kerajaan persekutuan itu sama seperti desakan yang dibuat Gerakan sebelum ini.

“Kita mendesak agar kerajaan persekutuan beri lebih dana kepada Pulau Pinang agar projek berskala besar di Pulau Pinang seperti projek tambak laut tidak perlu dilaksanakan.

“Desakan itu sama seperti BN menerajui kerajaan dahulu yang mana, kerajaan persekutuan ketika itu membiayai dua buah jambatan dalam usaha mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menegaskan bahawa pengecilan skop bagi projek PSI dilihat bukan satu pilihan tepat.

Presidennya, Meenakshi Raman berkata, apa yang digesa oleh SAM sebelum ini adalah membatalkan projek tiga buah pulau buatan, bukannya mengecilkan skop kerjanya.

“Apa yang kami mahu adalah batalkan terus projek tersebut kerana ia tiada justifikasi. Projek itu dilihat tidak penting dan hanya mendatangkan impak buruk terhadap alam sekitar dan komuniti nelayan berdekatan sahaja.

“Kami berharap, dengan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk LRT selain menggunakan tanah alternatif di Seberang Perai, kami berharap agar projek PSI dapat dibatalkan sekali gus dapat menyelamatkan laut di Pulau Pinang.

“Ini kerana, sama ada satu pulau atau tiga pulau, ia tetap akan merosakkan kawasan sensitif alam sekitar dan tempat pembiakan ikan. Sebab itu SAM gesa projek tambak laut ini dibatalkan terus,” katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi