Berita Gerakan

Desak PM Letak Jawatan Derhaka Pada Agong

Jul 9, 2021

9 JULAI: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menolak desakan Presiden UMNO supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan mereka berpandangan desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan adalah satu ‘penderhakaan’ terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, supaya ahli politik menghentikan semua bentuk politiking bagi memberi fokus kepada usaha melandaikan penularan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Pemuda PN akan terus komited memberikan sokongan dan dukungan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri dan barisan Kabinet termasuklah sembilan menteri penuh dan lapan timbalan menteri dari UMNO terhadap Pelan Pemulihan Negara.

“Kita wajib bersatu dan bekerjasama memfokuskan segala daya dan usaha untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai Imuniti Kelompok (Herd immunity) bagi membolehkan kita kembali meneruskan kehidupan seharian sepertimana biasa.

“Pemuda PN akan terus menjadi entiti semak-imbang terhadap dasar-dasar dan polisi kerajaan bagi membela nasib rakyat dalam menangani pandemik COVID-19. Ia sewajarnya menjadi agenda utama setiap daripada kita. Hentikan politiking yang menyusahkan rakyat,” katanya mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PN, merangkap Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddi;, Ketua Pemuda Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari; Ketua Pemuda SAPP. Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada 7 Julai lalu, memutuskan bahawa parti berkenaan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin, berkuat-kuasa serta-merta.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi