Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Dhanesh pertaruhkan pengaruh belia Asahan

Nov 18, 2021

Pertembungan enam penjuru pasti memberikan saingan sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Walaupun dilabelkan calon muda dan muka baharu, namun Dhanesh Basil, 29, tetap optimis untuk membawa Asahan ke peringkat yang lebih baik.

Dhanesh juga yakin dengan sokongan rakyat di DUN berkenaan walaupun perlu berdepan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada 20 November ini.

Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia itu beriltizam untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada masyarakat Asahan.

Ikuti temu bual Wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury bersama Danesh berkaitan aspirasinya sebagai calon di DUN ini.

SINAR HARIAN: Sebagai pemimpin belia bagaimana saudara menonjolkan kewibawaan kepada golongan berusia, apakah kekuatan saudara yang dapat mewakili mereka?

DHANESH: Bagi saya, usia merupakan satu kekuatan untuk saya tunjukkan semangat, kewibawaan dan juga peranan untuk berkhidmat kepada masyarakat terutamanya di DUN Asahan ini. Selain itu, pengalaman saya dalam arena belia banyak mengajar mengenai semangat kesukarelaan dan berkhidmat untuk masyarakat yang menjadi motivasi serta inspirasi kepada saya setakat ini.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi