Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Dominic Lau kemuka 10 soalan kepada DAP atas tindakan mereka memprovokasi isu COVID-19

Jun 23, 2021

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tidak berpuas hati dengan DAP yang sekadar mengkritik kerajaan tanpa menyumbang dalam menghentikan penularan wabak COVID-19.

“DAP mengabaikan usaha dan kerjasama seluruh warga negara yang kini bermati-matian dalam mengekang pandemik COVID-19. DAP teruskan propaganda politik mereka dengan membuat serangan dan fitnah kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan,” kata beliau.

Beliau meragui bahawa apakah peranan yang dimainkan oleh DAP dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

“Adakah kewujudan DAP hanya demi menumbangkan kerajaan, tanpa mengambil berat negara yang berada dalam keadaan porak peranda akan memberi kesan kepada pembangunan negara?” katanya.

Dominic Lau menasihati DAP yang mempunyai 42 orang ahli Parlimen supaya jangan membantutkan usaha seluruh warga negara untuk menewaskan COVID-19 sekiranya mereka tidak ingin menghulurkan bantuan dalam medan peperangan ini.

“Rakyat merasa meluat dengan kekacauan politik. Maka, sudah tiba masanya untuk DAP menghentikan segala permainan politik mereka, bekerjasama dengan kerajaan untuk memerangi wabak COVID-19,” kata Dominic Lau.

Beliau tidak nafi bahawa terdapat kekurangan dalam usaha kerajaan membanteras penularan COVID-19, tetapi beliau berpendapat kerajaan tetap mencuba sedaya upaya untuk menewaskan pandemik ini. Ataupun DAP enggan mengakui usaha kerajaan PN dan anggota barisan hadapan dalam menewaskan COVID-19 selama ini?

Dengan ini, beliau mengemukakan 10 soalan kepada DAP untuk mengesahkan sama ada DAP yang mengacau-bilaukan keadaan politik negara kita.

Di bawah adalah 10 soalan Dominic Lau kepada DAP:

1. Apakah peranan yang dimainkan DAP dalam arena politik negara kita?

2. Adakah mempolitikkan segala isu telah menjadi satu kebiasaan DAP?

3. Adakah motif sebenar DAP berkeras untuk membuka semula persidangan Parlimen adalah untuk menumbangkan kerajaan?

4. Mengapakah DAP menolak penubuhan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang bagi meninjau hal pembukaan Parlimen? Apakah agenda tersembunyi DAP dalam isu ini?

5. Adakah DAP tidak dapat menerima dan mengakui jasa dan sumbangan kerajaan PN dan anggota barisan hadapan dalam usaha memerangi COVID-19?

6. DAP mengutamakan kepentingan rakyat atau profit politik mereka ketika mengendali dan menangani sebarang isu?

7. Adakah DAP sanggup melepaskan prinsip mereka atau bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan politik mereka?

8. Adakah DAP berharap melihat negara kita dalam keadaan huru-hara, dan adakah DAP merasa gembira sekiranya rakyat membenci kerajaan?

9. Adakah perampasan kuasa dan penggulingan kerajaan merupakan satu-satunya agenda politik DAP?

10. Adakah DAP sedia bekerjasama dengan kerajaan PN untuk memerangi COVID-19, dan sudi mengetepikan perbezaan pendirian politik demi rakyat?

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi