Berita Gerakan

GERAKAN mengkritik kerajaan kerana melaksana cadangan semakan semula tarif air

Mei 31, 2023


KENYATAAN MEDIA

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana melaksana cadangan semakan semula tarif air.

Beliau menegaskan bahawa kenaikan harga barang telah memberi tekanan yang besar dalam kehidupan rakyat. Ia bukanlah masa yang sesuai untuk melakukan semakan tarif air.

Tambahnya, kerajaan baru sahaja mengumumkan pembatalan subsidi tarif elektrik kepada golongan tertentu dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ia telah membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Rakyat sedang menghadapi peningkatan kos sara hidup, termasuk kenaikan kos makanan, perumahan, dan sebagainya. Ia telah memberi kesan kepada banyak rakyat untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Dalam situasi ini, cadangan semakan semula tarif air akan memberi tekanan kepada rakyat dan akan menyebabkan kehidupan rakyat menjadi lebih teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau mempersoalkan sama ada Kerajaan Campuran merasai kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Air merupakan sebahagian daripada keperluan asas kehidupan manusia. Rakyat memerlukan air untuk aktiviti harian seperti minum, memasak, membersihkan dan sanitasi.”

“Rakyat yang mempunyai masalah kewangan, menaikkan tarif air hanya akan menambah beban mereka malah mungkin mereka terpaksa mengorbankan keperluan asas lain seperti makanan dan kesihatan.”

“Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab kerana tidak mengambil kira keperluan sebenar rakyat.”

Dominic Lau turut menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula cadangan ini dan mengutamakan kepentingan rakyat dan supaya dapat menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi