Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

E-Bazaar jalan terbaik cegah COVID 19

Apr 5, 2020

Pembatalan bazaar Ramadan di beberapa negeri seperti Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka bukan halangan peniaga untuk mencari rezeki pada bulan Ramadan ini. Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) sedia membangunkan operasi E-Bazaar untuk ahlinya yang menjalankan perniagaan secara atas talian.

Biarpun konsepnya agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, namun ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan peniaga dalam negara hilang terus punca pencarian rezeki mereka untuk Ramadan kali ini. Oleh itu, lebih 100 ribu peniaga dalam negara harus akur dengan keputusan tersebut.

Selagi negara berdepan dengan wabak Covid-19, semua aktiviti membabitkan himpunan ramai akan disekat demi kebaikan rakyat. Rakyat perlu patuh pada arahan ini jika tidak mahu negara mrngalami nasib sama seperti di Itali.

Demi memastikan peniaga-peniaga dalam negara dapat menggunakan platform E-Bazaar dengan berkesan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan kerajaan untuk membantu mereka mempromosikan perniagaan E-Bazaar di laman media. Kaedah ini perlu dilaksanakan untuk menjana pendapatan rakyat dan ekonomi negara.

Selain menggalakkan daya beli dalam kalangan rakyat, platform E-Bazaar dapat menaikkan taraf sistem perniagaan dalam negara menjadi lebih efisyen. Sekaligus merangsang perkembangan ekonomi negara untuk terus berdaya maju.

Oleh yang demikian, peniaga dan penjaja dalam negara janganlah bersedih. Konsep E-Bazaar ini ada kebaikan untuk semua. Bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak, malah membuka ruang niaga e-dagang yang luas kepada peniaga yang menjalankan perniagaan hanya dengan menggunakan hujung jari.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap E-Bazaar yang dibangunkan dapat merangsang perkembangan ekonomi negara kembali stabil.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi