Siaran Akhbar

Fokus selesaikan masalah ekonomi! bukannya jadi juri dan kejar populariti

Jul 6, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana mengambil keputusan untuk menjadi juri dalam rancangan televisyen iaitu Program Innovathon di Astro.

Naib Presiden GERAKAN Dato’ Parameswaran berkata, penyertaan Rafizi itu sebagai satu perkara ‘canggung’ yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri sebelum ini.

“Rafizi sedar atau tidak bahawa beliau adalah seorang menteri, bukannya artis. Kalau Fahmi Fadzil mungkin rakyat tidak bising”

“Sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya fokus dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara bukannya jadi juri dalam program televisyen malah berganding dengan artis terkenal, Fazura” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Parameswaran, tindakan Rafizi menjadi salah seorang juri tetap sudah pasti ia menyebabkan tanggungjawab utama sebagai menteri ekonomi tidak diberi perhatian secukupnya. Tidak menjadi juri pun ekonomi negara merosot apatah lagi bila terlibat sebagai juri.

“Siapa yang akan buat kerja ekonomi? Adakah perdana menteri selaku menteri kewangan itu mengambil alih?.

“Saya menggesa Anwar Ibrahim mengambil maklum terhadap menteri dalam kabinetnya ini. Jangan disebabkan ingin mengejar populariti, ekonomi dan negara tergadai” tegasnya.

Dalam pada itu, Parameswaran memberitahu sebaiknya letak jawatan sebagai menteri ekonomi sekiranya ingin mencari populariti dan bermain-main dalam menggalas tanggungjawab yang besar kepada negara.

DATO’ PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

和谐福祉社会得来不易 黄佳祯吁珍惜各族团结

和谐福祉社会得来不易 黄佳祯吁珍惜各族团结

(居林22日讯)吉打州华裔事务委员会主席黄佳祯认为,今年卫塞节的主题“和谐相处,福祉社会”有着美好的愿景,但是讲易做难。由于国家独立以来人民的生活融洽得来不易,所以吉打州政府关注宗教之间的和谐与融洽。

baca lagi