Berita Gerakan

Gaji ahli parlimen patut dibayar separuh sahaja

Jan 14, 2021

GEORGETOWN: Kesemua ahli Parlimen wajar mendermakan atau tidak mengambil separuh daripada gaji masing-masing berikutan sidang Parlimen digantung susulan perintah darurat sehingga Ogos ini.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, ahli-ahli parlimen tidak patut menerima gaji dalam keadaan mereka disifatkan tidak ada peranan atau bekerja ekoran penggantungan Parlimen.

Menurut beliau, langkah itu juga selaras atau seiring dengan sebahagian rakyat yang sedang terkesan dari sudut ekonomi ekoran pandemik Covid-19.

“Sama ada ahli parlimen blok kerajaan atau pembangkang, mereka perlu berganding bahu dan bersetuju untuk tidak menerima atau memberi semula separuh gaji serta elaun-elaun kepada kerajaan Pusat.

“Wang itu boleh digunakan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat yang sebahagian besarnya sedang bermasalah gara-gara Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, ahli-ahli parlimen sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat dalam berdepan krisis ketika ini dan langkah tersebut dilihat bertepatan dalam menunjukkan mereka benar-benar membantu rakyat.

“Bukan setakat Covid-19, ada  penduduk di beberapa negeri lain turut terjejas kehidupan akibat bencana banjir,” kata beliau. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi