Berita Gerakan

Gangguan air. Guna teknologi terkini ganti injap

Dis 8, 2023

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu mengambil langkah dengan menggunakan teknologi terkini untuk menjalankan kerja penggantian injap secara berperingkat bagi mengurangkan impak terhadap rakyat susulan bakal berlaku gangguan bekalan air pada awal Januari tahun depan.

Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) negeri, Oh Tong Keong berkata, pengumuman empat hari gangguan bekalan air di Pulau Pinang mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan tanpa sebarang langkah alternatif kepada pengguna berdepan dengan isu gangguan air adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

”Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP harus memikirkan betapa serius impak gangguan bekalan air selama 96 jam terhadap warga Pulau Pinang.

”Kawasan yang terkesan akibat gangguan air selama empat hari ini adalah termasuk kediaman, restoran, kedai kopi, pusat penjaja, kedai, pejabat, kilang, sekolah, hospital, dan banyak lagi.

“Adalah mustahil untuk peniaga, pihak kilang dan industri menyimpan air yang mencukupi untuk empat hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari berkata, gangguan selama empat hari itu tidak dapat dielakkan bagi menampung kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Butterworth.

Menurut Tong Keong, gangguan bekalan air itu akan menjejaskan perniagaan berasaskan makanan seperti kedai kopi, penjaja dan peniaga sekali gus menggesa kerajaan negeri atau PBAPP memberi pampasan kepada peniaga yang terkesan.

Tambahnya, kerajaan negeri dan PBAPP juga harus menghantar lori tangki air ke daerah atau kawasan yang bakal terkesan dengan gangguan bekalan air selama empat hari tersebut.

“Kerajaan negeri atau PBAPP mungkin perlu meminjam atau meminta bantuan daripada negeri jiran sekiranya perlu.

“Semua kerja-kerja ini harus dilakukan sebelum gangguan bekalan air berlaku,” katanya. – UTUSAN

禁在野党议员进校有失公允  黄佳祯:学校是公共场所

禁在野党议员进校有失公允 黄佳祯:学校是公共场所

(雙溪大年18日訊)吉打州行政議員黃佳禎說,由於團結政府禁止在野黨議員進校園,造成吉打州議員要給州內的華淡小撥款及援助時都要偷偷在校外進行,校方也不敢把所拍的照片上載至社交媒體,情況猶如在野的人民代議士與校方在偷情。

baca lagi