Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan adakan persidangan perwakilan negeri untuk persediaan PRU tergempar

Ogo 15, 2020

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan akan mengadakan persidangan perwakilan negeri (SDC) pada September dan Oktober ini bertujuan membuat persediaan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 dibuat secara tergempar.

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata persidangan bertemakan ‘Demi Rakyat, Gerakan Berjuang’ itu akan bermula di Kedah dan semua pemimpin dan ahli jawatankuasa Gerakan akan menjelajah ke seluruh negeri untuk menghadiri acara peringkat negeri parti itu.

Beliau berkata sekiranya pilihan raya umum tergempar diadakan tahun ini, ia akan menjadi yang pertama buat Gerakan bertanding sebagai parti bebas selepas keluar daripada Barisan Nasional pada Jun 2018.

“Ini pilihan raya yang penting bagi Gerakan, jadi saya minta agenda peribadi setiap perwakilan diketepikan dahulu, kita hendaklah bersatu hati menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat di sini hari ini.

Lau berkata Gerakan juga telah menerima senarai nama calon dan kawasan yang ingin ditandingi.

Bagaimanapun, beliau berkata parti akan menyerahkan senarai nama itu kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon mereka bersih daripada rekod jenayah sebelum layak bertanding dalam pilihan raya itu.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi