Siaran Akhbar

GERAKAN Agih 100 Bungkus Makanan Dan Minuman Pada Gelandangan Di Kuala Lumpur

Jul 2, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengadakan program ‘Helping Hand dengan mengagihkan bungkusan makanan dan minuman sihat kepada gelandangan-gelandangan yang berada di sekitar Bank Bangkok, Kuala Lumpur.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, isu gelandangan kini menjadi satu masalah nasional sejak pandemik COVID-19 menular.

“Sekarang orang yang tiada tempat tinggal pun susah untuk dapatkan bekalan makanan apatah lagi mereka.

“Hari ini 100 bungkus makanan dan minuman semuanya habis diedarkan dan saya melihat daripada raut wajah mereka ketika beratur sangat gembira,” katanya ketika sidang media program Helping Hand Gelandangan hari ini.

Menurut Dominic Lau, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nation of Women National dalam kenyataannya semalam menganggarkan warga kota yang menjadi gelandangan meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Tambah Dominic Lau lagi, sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada mengeluarkan kenyataan, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan gelandangan tertinggi hampir 50 peratus daripada 1,283 orang di seluruh negara.

“Jadi sebab itulah, Parti GERAKAN terpanggil untuk membantu mereka dan mengikut perancangan semasa, kami akan kerap mengadakan program sebegini bagi memastikan mereka semua tidak terputus bekalan makanan.

“Selain itu saya juga berharap golongan gelandangan ini mendapat suntikan vaksin secepat mungkin kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, saya menggesa ahli Parlimen yang memperoleh dana daripada kerajaan nanti akan menggunakannya sebaik mungkin untuk berbakti kepada rakyat terutamanya dalam tempoh sekarang memang ramai yang memerlukan.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi