Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN Agih 300 Bakul Makanan Berupa Keperluan Asas Kepada Penduduk Seri Kelantan

Jul 24, 2021

Dengan iltizam untuk membantu mereka yang memerlukan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia meneruskan usaha murni ‘Helping Hand GERAKAN’ dengan mengagihkan 300 bakul makanan kepada penduduk PPR Seri Kelantan, Kuala Lumpur.

Sumbangan yang merangkumi keperluan asas seperti makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan minuman sihat itu diagihkan oleh Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dominic Lau berkata, sebahagian sumbangan tersebut adalah hasil daripada sumbangan orang ramai kepada pihak kami untuk menjayakan program ini.

“Akitiviti dan program seumpama ini sentiasa kami laksanakan sebenarnya setiap minggu dalam membantu meringankan bebanan masyarakat setempat.

“Program ini tidak akan terhenti di sini, kami akan terus membantu golongan memerlukan pada masa akan datang, terutamanya golongan B40. Namun akan sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini di PPR Seri Kelantan, Kuala Lumpur.

Parti GERAKAN berharap agar lebih banyak individu dan organisasi akan bersama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan.

GERAKAN juga berharap agar inisiatif ini terus mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai untuk menderma.

Dalam pada itu, Parti GERAKAN menyeru kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memanjangkan tempoh penyewaan percuma kepada penghuni PPR.

Selain itu, Dominic menjelaskan, pemanjangan tempoh tersebut sikit sebanyak dapat membantu mereka yang terkesan semasa pandemik COVID-19.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi