Siaran Akhbar

GERAKAN Bantu Warga Emas Dapat Status Kewargenegaraan

Jul 27, 2022

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membantu seorang warga emas bangsa Cina memperoleh kewarganegaraan.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau akan mengusahakn lebih banyak permohonan kerakyatan diluluskan pada tahun hadapan.

Hari ini, Dominic Lau berjumpa dengan Goo Kim Aik yang berasal dari Kuala Kurau, Perak, iaitu generasi sebelum merdeka.

Katanya, warga emas tersebut sudah lebih 70 tahun menunggu untuk mendapat kerakyatan tetapi tidak kesampaian.

“Saya berjumpa dengan dia (Goo Kim Aik) ketika menghadiri satu majlis di Juru, Pulau Pinang.

“Dan daripada situ beliau meminta untuk membantunya kerana sudah lama diinginkan dalam hidupnya. Ditambah lagi kini beliau sudah tua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas itu, saya memaklumkan perkara ini kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan tindakan segera telah diambil.

Sejurus itu, satu surat kelulusan kewarganegaraan telah dikeluarkan hanya dalam beberapa minggu. Sekarang Goo Kim Aik hanya perlu membawa surat ini ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan kad pengenalan.

Beliau berkata usaha ini akan diteruskan supaya dapat membantu lebih ramai lagi warga emas yang senasib dengan Goo Kim Aik.

Dalam pada itu, Dominic menjelaskan pada tahun lepas GERAKAN sebenarnya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil ‘Warga Keluarga Malaysia’ yang diketuai oleh Setiausaha Agung Parti, Mak Kah Keong untuk mengkaji isu hak kewarganegaraan bagi individu kurang bernasib baik.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

(吉隆坡1日讯)民政党主席刘华才博士形容,调低鸡蛋每个3仙和非住宅电费无法刺激国家经济,人民需要的是完整而全面性振兴经济配套,不是购物广场季节性的降价大优惠。

baca lagi
结果被TikTok删帖

结果被TikTok删帖

民政人权局主任 蔡高庭 2024年7月1日媒体文告 凯里早前评论Blackrock,结果被TikTok删帖。民政认为,凯里提出的问题和批评,是对政府决策透明度的正当追问。言论自由是民主社会的基础之一,公民应有权利对政府政策及执行行为,表达看法及讨论。...

baca lagi