Siaran Akhbar

GERAKAN berasa kecewa terhadap nasib yang diterima 224 mangsa banjir di Kota Tinggi

Jan 10, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) berasa kecewa terhadap nasib yang diterima 224 mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor semalam susulan bantuan makanan tengahari tiba lewat iaitu pada jam 6 petang.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, ekoran daripada kelewatan makanan tenghari tersebut mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) terpaksa menahan lapar hampir 6 jam.

“Saya terkilan apabila mendapat tahu mengenai berita ini. Orang nak makan tenghari tapi dia hantar jam 6 petang. Jadi saya rasa mesti bertimbang rasa dan pengurusan makanan lebih efisyen”

“Sudahlah mangsa-mangsa banjir ini risau harta benda di rumah mereka yang ditenggelami air. Malah ada diantara mereka sudah mengalami kerugian ribuan ringgi. Jadi saya harap jangan menyusahkan dan memberi tekanan emosi lagi kepada mereka” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Koo berkata, sekiranya pihak Ahli Dewan Undangan Negeri atau pengurusan yang bertanggungjawab tidak mampu untuk menyediakan tepat pada masanya, beliau cadangkan untuk buat secara rewang. Biar mereka masak sendiri sebagai makanan tambahan, sediakan perkakas dan tempat selamat.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati agar kualiti makanan yang dihantar ke PPS untuk mangsa banjir harus dijamin selamat.

“Selain daripada isu kelewatan, saya berharap pihak pembekal makanan menitik berat mengenai isu kualiti makanan yang disediakan.

“Saya berharap jangan hanya menyediakan makanan sebagai syarat. Perlu teliti sekiranya ada lauk yang basi atau nasi mentah. Jangan ulangi kesilapan seperti yang berlaku di beberapa PPS sebelum ini” tegasnya.

Susulan itu, beliau yang sedih melihat keadaan tersebut menyeru agar pihak yang berkenaan melihat kembali isu yang dibangkitkan itu.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden merangkap
Pengarah Pilihanraya (War Room)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi