Siaran Akhbar

GERAKAN Bersama MM2HCA Kemuka Cadangan Mengenai Isu MM2H

Sep 29, 2021

Presiden Nasional Parti Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HCA) Lim Kok Sai bersama-sama mengemukakan cadangan baru mengenai isu MM2H kepada Kementerian Pelancongan.

Dominic Lau Hoe Chai berkata, walaupun Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri menggunakan rencana KPMG untuk MM2H sebagai dasar dan merumuskan skim MM2H yang lebih sederhana, tetapi mereka masih menerima tentangan.

Beliau menyarankan bahawa penyesuaian untuk syarat dan garis panduan MM2H harus dilakukan secara bertahap dan pihak yang berkenaan harus menyesuaikan syarat baru ke tahap yang lebih munasabah supaya meninggalkan masa penyesuaian yang wajar untuk peserta MM2H.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bertemu dengan Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Seri Dr. Santhara semalam (28th) dan mengemukakan cadangan baru dalam pertemuan itu. Presiden Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HCA) Lim Kok Sai juga menyertai pertemuan ini.

“Kami telah membincangkan syarat dan garis panduan MM2H yang baru dan juga membandingkan skim MM2H yang sedia-ada di Malaysia dengan negara-negara jiran kita, terutamanya Singapura, Thailand dan Indonesia. Jelasnya bahawa syarat dan garis panduan MM2H sekarang yang terlalu ketat akan mempengaruhi keyakinan pelabur asing pada negara kita dan mungkin akan menyebabkan kehilangan lebih banyak peserta MM2H.”

“Selain itu, kita semua setuju bahawa perubahan yang dibuat pada syarat MM2H perlu dilakukan secara bertahap. Sebagai contoh, kita dapat membuat penyesuaian dalam tempoh 10 tahun. Kita semua berharap dapat membuat penyesuaian dengan cara yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak. ”

Beliau berharap dapat mencari jalan penyelesaian melalui pertemuan ini agar negara kita dapat terus mengekalkan daya saing di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, beliau mengatakan bahawa peraturan MM2H yang lebih berperikemanusiaan akan mendorong pengembangan industri pelancongan negara kita dan menarik lebih banyak pelaburan asing untuk mendorong perkembangan ekonomi.

Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN