Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan berunding dengan PN

Jul 28, 2020

TELUK INTAN – Gerakan mahu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) supaya dapat bekerjasama dan mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan lawan bersama dalam pilihan raya akan datang.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, perundingan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan kerugian buat PN dan Gerakan yang akan menghadapi musuh yang sama.

“Gerakan dan PN mempunyai musuh yang sama dan hala tuju yang sama,” katanya kepada Sinchew Daily.

Dominic juga yakin bahawa perundingan dengan PN akan berhasil.

Menurutnya, Gerakan meramalkan pilihan raya kilat akan mengambil tempat seawal September dan pengerusi negeri sedang giat menyediakan dan menyerahkan senarai calon.

“Nama yang diterima telah melebihi jumlah ‘kerusi tradisi’ yang ditandingi kami sebelum ini,” katanya

Jelasnya, Gerakan akan menumpu perhatian kepada 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi, selain kawasan yang dilihat mampu ditawan.

“Di Teluk Intan, Gerakan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Keadaan ini akan membantu kami untuk menang.

“Walau bagaimanapun, Gerakan masih memberi fokus utama kepada Pulau Pinang,” katanya.

Gerakan masih belum temui PM bincang soal kerusi

Gerakan masih belum temui PM bincang soal kerusi

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masih berteka-teki dan enggan memberi bayangan tentang waktu yang sesuai untuk pihaknya mengadakan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata,...

baca lagi
Lima mangsa kebakaran dibantu

Lima mangsa kebakaran dibantu

KOTA BHARU – Nasib lima mangsa terlibat dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Kelochor, Sabtu lalu mendapat perhatian Parti Gerakan di peringkat nasional dan negeri.

baca lagi