Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan berunding dengan PN

Jul 28, 2020

TELUK INTAN – Gerakan mahu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) supaya dapat bekerjasama dan mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan lawan bersama dalam pilihan raya akan datang.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, perundingan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan kerugian buat PN dan Gerakan yang akan menghadapi musuh yang sama.

“Gerakan dan PN mempunyai musuh yang sama dan hala tuju yang sama,” katanya kepada Sinchew Daily.

Dominic juga yakin bahawa perundingan dengan PN akan berhasil.

Menurutnya, Gerakan meramalkan pilihan raya kilat akan mengambil tempat seawal September dan pengerusi negeri sedang giat menyediakan dan menyerahkan senarai calon.

“Nama yang diterima telah melebihi jumlah ‘kerusi tradisi’ yang ditandingi kami sebelum ini,” katanya

Jelasnya, Gerakan akan menumpu perhatian kepada 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi, selain kawasan yang dilihat mampu ditawan.

“Di Teluk Intan, Gerakan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Keadaan ini akan membantu kami untuk menang.

“Walau bagaimanapun, Gerakan masih memberi fokus utama kepada Pulau Pinang,” katanya.

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

刘华才:降路费勿仅限轿车 罗里巴士应享30%折扣

(吉隆坡19日讯)随着政府宣布南北大道公司属下所有大道的过路费调低18%,民政党主席拿督刘华才博士要求政府说明,除了私家车,其他等级车辆包括罗里和巴士使用南北大道时,是否也可享有这18%折扣。

baca lagi