Berita Gerakan

Gerakan buka pekung BN

Feb 19, 2022

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendedahkan segala keputusan yang dibuat dalam Barisan Nasional (BN) bukan diputuskan secara konsensus tetapi oleh parti dominan iaitu UMNO.

Ia menjadi sebab mengapa Gerakan tidak mahu untuk terus berada dalam BN dan menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dedah Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

“Semasa Gerakan dalam BN, banyak keputusan tak dibincang dalam BN tapi dibincang di dalam UMNO. Ini perbezaan PN dan BN.

“Pandangan kita boleh dipanjangkan dalam PN, tapi dalam BN kena tunggu maklumat UMNO. Semua keputusan untuk BN dibuat di peringkat UMNO sahaja,” katanya ketika berucap semasa perasmian Perikatan Nasional (PN) Johor di Kota Tinggi yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin, semalam.

Acara itu turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PN dan juga Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, organsasi BN sudah membuktikan bahawa UMNO menguasai komponen tersebut.

“Setiausaha Agung, Bendahari, dan Ketua Pemuda dan Wanita semua daripada UMNO, tetapi kita nampak PN memang tidak ada begitu dan seimbang.

“Semua jawatan yang penting dikongsi di bawah semua komponen PN,” katanya lagi.

Gerakan pernah bernaung di bawah BN dan bertindak keluar daripada BN pada Jun 2018 apabila gabungan itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Gerakan kemudian mengumumkan menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CGC) mengambil kira senario politik pasca Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) serta sentimen akar umbi.

Namun, pada 19 Februari tahun lalu, Gerakan bertindak menyertai parti gabungan PN.

Selain Gerakan, PN kini dianggotai Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). – MalaysiaGazette

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi