Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN Cabar Ahli Parlimen PH! Buat Laporan Polis & SPRM Sekiranya Betul Ditawarkan Rasuah

Ogo 13, 2021

GERAKAN mencabar, anggota parlimen Pakatan Harapan(PH) yang diarah beralih kesetian kepada Perikatan Nasional(PN) dengan menggunakan ugutan atau sogokan membuat laporan Polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) dan sekaligus kemukakan bukti tersebut.

Menurut Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, jika ahli Parlimen PH tidak dapat mengemukakan bukti kepada Polis atau SPRM ia jelas sekadar propaganda politik murahan sahaja.

Beliau berpendapat ini adalah taktik kotor politik anggota Parlimen PH. Mereka sengaja melakukannya untuk menipu dan mengelirukan rakyat.

Sekaligus ia mewujudkan perasaan benci rakyat kepada PN dan menampakkan kerajaan sekarang sanggup buat apa sahaja untuk memikat anggota parlimen bagi mengekalkan pemerintahan.

“Saya gesa ahli Parlimen PH berhenti membuat keributan mengenai isu-isu dan cerita menghasut rakyat. Apa sahaja tuduhan mesti berlandaskan fakta.

“Saya juga meminta anggota Parlimen PH untuk menyerahkan bukti yang mereka ditawarkan rasuah kepada SPRM. Biarkan anggota penguatkuasa siasat supaya kebenaran terbukti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau Hoe Chai mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas terhadap ahli Parlimen PH bahawa mereka diikat oleh PN.

Hujung minggu lalu, beberapa ahli parlimen PH mendakwa mereka telah ditawarkan rasuah seperti wang tunai dan jawatan kabinet untuk mengalihkan kesetiaan mereka kepada PN.

Mereka termasuk mantan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran, anggota Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan anggota Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasuddin juga menyebut bahawa lima anggota parti itu telah mendapat tawaran terbabit.

Di samping itu, Dominic Lau Hoe Chai mendesak Polis dan SPRM untuk memandang serius masalah godaan anggota kongres ini dan diharapkan dapat melancarkan siasatan secepat mungkin.

Beliau juga menasihati orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai perkara ini dan jangan membuat penilaian yang tidak adil terhadap PN.

Pada masa yang sama, beliau menyeru kepada pemimpin-pemimpin politik agar memerangi wabak COVID-19 dengan segenap kekuatan tanpa menghiraukan satu sama lain dan mencegah penyebaran “tuduhan palsu”.

Perkembangan lain, GERAKAN semalam telah mengagihkan makanan, minuman sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada penduduk yang tinggal di PPR Pekan Batu, Kuala Lumpur.

Dalam program terbabit, Dominic Lau Hoe Chai telah mengagihkan barangan kepada 100 isi rumah termasuk 13 keluarga yang sedang kuarantin kerana dijangkiti dengan COVID-19.

GERAKAN berharap bantuan ini dapat meringankan beban serta dapat mengurangkan tekanan mereka. Tidak lupa juga GERAKAN ingin mengucapkan penghargaan kepada penaja-penaja sumbangan.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi