Berita Gerakan

GERAKAN Cabar DAP Bertanding Semua Kerusi Majoriti Melayu

Apr 18, 2021

18 APRIL : GERAKAN mencabar DAP agar bertanding di semua kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi membuktikan parti itu bukan memperjuangkan isu kaum.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan DAP hanya menyatakan mereka menolak politik kaum, namun dalam menentukan agihan kerusi pilihan raya, tindakan sebaliknya dibuat.

“Pada analisis kita, ada 42 kerusi Parlimen yang mereka menang, dengan 11 daripadanya adalah (jumlah) pengundi Cina lebih daripada 70 peratus. Ada 12 kerusi pula, pengundi Cina lebih 50 peratus.

“Jadi apabila dia (DAP) kata bukan Cina tolong Cina, Melayu tolong Melayu, India tolong India, (kalau ambil contoh kerusi ditandingi DAP) jelas itu semua tidak berasas,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di ibu pejabat GERAKAN di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, menyentuh kerusi PRU, Dominic memberitahu bilangan kerusi akan ditandingi GERAKAN belum diputuskan buat masa ini namun tumpuan parti itu adalah untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada Perikatan Nasional (PN).

“Untuk tahap ini, apa yang boleh saya maklumkan kita akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding ketika kita dalam Barisan Nasional (BN) dulu.

“Jadi fokus kita dalam PRU nanti adalah untuk meningkatkan undi bukan Melayu, bukan Bumiputera di samping rundingan kerusi akan ditentukan dengan parti gabungan PN lain.

“PN juga dijangka meletakkan calon di semua 222 kerusi Parlimen pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) bagi menjamin kemenangan yang lebih selesa kepada gabungan itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan GERAKAN memutuskan bahawa pemilihan parti itu ditangguhkan selepas PRU, bagi membolehkan mereka membuat persediaan rapi mendepani PRU -15.

“Berdasarkan situasi politik semasa, kita melihat kemungkinan besar selepas darurat, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yasin) akan membubarkan parlimen.

“Namun akan ada satu syarat juga di mana situasi COVID-19 mesti dalam keadaan terkawal dan baik baru kita boleh laksana pilihan raya. Keselamatan rakyat mesti diutamakan,” katanya.

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi