Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN cabar khairy jelaskan pembayaran RM10.4 juta kepada NASCA?

Apr 2, 2022

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencabar Khairy Jamaluddin menjelaskan pembayaran RM10.4 juta daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) kepada pemaju aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, Khairy sebelum ini mengesahkan MOSTI telah membayar kepada NACSA sebanyak RM10.4 juta, kemudian NACSA membayarnya kepda pemaju aplikasi MySejahtera iaitu Entomo Malaysia Sdn Bhd.

“Saya difahamkan semasa perbahasan Khamis lalu, Khairy berkata pembayaran RM10.4 juta adalah untuk perkhidmatan yang disediakan oleh platform pihak ketiga seperti Google Map API,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memahami untuk menjadikan aplikasi itu lebih kompleks dan memudahkan rakyat, kerajaan perlu membayar platform seperti Google untuk perkhidmatan yang lebih baik.

“Tetapi apa yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa melalui NACSA. Saya terkejut bahawa pembayaran ini tidak dibuat terus daripada MOSTI ke Entomo Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci apatah lagi Khairy juga merupakan bekas menteri MOSTI pada zaman itu.

Khairy sebelum ini menjelaskan KpiSoft Sdn Bhd dan Kerajaan membangunkan aplikasi MySejahtera dan terus bekerjasama untuk meningkatkan fungsi aplikasi tersebut selepas tamat tempoh tanggungjawab sosial korporat.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

万不可让Mu变种病毒将我国的抗疫努力毁于一旦。

民政党全国主席拿督刘华才博士促请政府对新冠肺炎新型Mu变种病毒提高醒惕,并密切关注这种变种病毒传播,万不可让Mu变种病毒将我国的抗疫努力毁于一旦。 他说,日前媒体报道纳闽出现疑似“Mu”和“Lambda”变种病毒,虽然卫生总监丹斯里诺希山较后声明这2宗境外输入病例较有可能是Delta变种病毒,但当局目前仍在对病毒进行基因组检测,因此威胁并没有解除,卫生部必须提高醒惕。...

baca lagi
Seru Kerajaan Waspada Terhadap Varian Baharu COVID-19

Seru Kerajaan Waspada Terhadap Varian Baharu COVID-19

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyeru kerajaan agar berwaspada terhadap varian baharu Covid-19 dikenali sebagai Mu dan memperhatikan penyebaran virus ini. Kita tidak boleh membiarkan varian Mu memusnahkan usaha negara kita dalam memerangi wabak.

baca lagi