Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN cabar khairy jelaskan pembayaran RM10.4 juta kepada NASCA?

Apr 2, 2022

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencabar Khairy Jamaluddin menjelaskan pembayaran RM10.4 juta daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) kepada pemaju aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, Khairy sebelum ini mengesahkan MOSTI telah membayar kepada NACSA sebanyak RM10.4 juta, kemudian NACSA membayarnya kepda pemaju aplikasi MySejahtera iaitu Entomo Malaysia Sdn Bhd.

“Saya difahamkan semasa perbahasan Khamis lalu, Khairy berkata pembayaran RM10.4 juta adalah untuk perkhidmatan yang disediakan oleh platform pihak ketiga seperti Google Map API,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memahami untuk menjadikan aplikasi itu lebih kompleks dan memudahkan rakyat, kerajaan perlu membayar platform seperti Google untuk perkhidmatan yang lebih baik.

“Tetapi apa yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa melalui NACSA. Saya terkejut bahawa pembayaran ini tidak dibuat terus daripada MOSTI ke Entomo Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci apatah lagi Khairy juga merupakan bekas menteri MOSTI pada zaman itu.

Khairy sebelum ini menjelaskan KpiSoft Sdn Bhd dan Kerajaan membangunkan aplikasi MySejahtera dan terus bekerjasama untuk meningkatkan fungsi aplikasi tersebut selepas tamat tempoh tanggungjawab sosial korporat.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

人民终于看清了

人民终于看清了

一个国家只有在和平与稳定的环境下,才能谈得上发展,稳定是一个国家乃至全球经济社会发展的必要前提.

baca lagi