Berita Gerakan

Gerakan cadang vaksin fasa pertama kepada petugas media

Feb 22, 2021

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian vaksin Covid-19 fasa pertama kepada petugas media.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran berkata, petugas media merupakan salah satu anggota barisan hadapan dan mereka terpaksa turun padang untuk menyediakan laporan yang sebaik-baiknya.

“Dengan ketibaan vaksin itu di Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan pada 26 Februari ini.

“Semoga pandemik ini akan berakhir dan kehidupan normal semua rakyat dapat dikembalikan,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang turut disiarkan secara langsung di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Parameswaran berkata, Gerakan menerima 400 kemasukan ahli baharu dari Negeri Sembilan dan kemasukan ahli baharu itu terdiri daripada pelbagai etnik.

Menurut beliau, mereka menyertai Gerakan berdasarkan ideologi parti yang mengutamakan kepentingan rakyat sebagai asas perjuangan serta mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

“Kami turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi bekerjasama dengan Gerakan untuk bersama-sama membawa satu naratif politik yang lebih berdaya maju dan yang lebih penting, berpaksikan rakyat,” katanya.

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi