Berita Gerakan

‘Gerakan Careline’ bantu rakyat

Jul 3, 2021

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) melancarkan Gerakan Careline bagi membantu mereka yang terkesan dalam tempoh sekatan pergerakan terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya memahami ramai yang terkesan ekoran jangkitan wabak Covid-19 yang melanda negara terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur yang sedang menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Katanya, parti itu memahami walaupun pelbagai bantuan dihulurkan kerajaan dan Gerakan, sudah pasti ada yang ketinggalan berikutan masalah teknologi dan seumpamanya.

“Gerakan Careline boleh dihubungi di talian 010-8252278. Sesiapa sahaja atau orang ramai boleh membuat aduan sekiranya di kampung atau tempat tinggalnya terdapat mereka yang dalam kesusahan dan kekurangan bekalan makanan.

“Gerakan berjanji membantu mereka dengan secepat mungkin kerana ia adalah tanggungjawab demi rakyat dan Gerakan berkhidmat untuk rakyat. Gerakan Careline dibuka setiap hari, tujuh hari seminggu,  tetapi dengan masa operasi yang terhad iaitu pukul 10 pagi hingga 4 petang bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang akhbar atas talian, hari ini.

Menurut beliau, fasa pertama talian itu hanya beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berikutan jangkitan wabak yang sangat membimbangkan di dua kawasan berkenaan.

“Kita fokus kepada hotspot iaitu mereka yang ingin mendapatkan bantuan serta kawasan tempat tinggal yang tidak mempunyai sumber untuk memperoleh bantuan.  Bagaimanapun, Gerakan juga akan menerima aduan daripada mana-mana negeri dan menghulurkan bantuan kepada mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi