Berita Gerakan

Gerakan dakwa PH-BN macam pembangkang

Jul 20, 2023

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) menyifatkan Kerajaan Perpaduan kini semakin rancak menggunakan undang-undang untuk menekan parti seterunya.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran mendakwa, kerajaan tersebut dilihat seperti pembangkang yang menggunakan kuasa dan sengaja memainkan isu sensitif untuk parti lawan.

“Kini serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dihadapkan kepada Perikatan Nasional malah mereka berkomplot untuk menjatuhkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi dikatakan pemimpin PN yang paling ditakuti oleh PH-BN.

“Kalau mereka hanya fokus untuk menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang kini sedang menghadapi kesusahan.

“Adakah bermain politik lagi penting daripada menyelesaikan masalah rakyat” soalnya  menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, disebabkan terlalu menumpukan usaha untuk menjatuhkan parti lawan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa gagal menjalankan tanggungjawab hakiki untuk mengawal ekonomi negara serta  kebajikan rakyat.

“Harga barang meningkat, rakyat semakin terbeban. Sebagai kerajaan, mereka perlulah menyelesaikan masalah ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukannya fokus untuk menjatuhkan parti pembangkang” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di enam buah negeri perlu  menolak gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi