Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN Desak Lim Guan Eng Berhenti Sebarkan Sentimen Negatif Terhadap Kerajaan

Jun 16, 2021

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendesak Ketua Setiausaha DAP YB Lim Guan Eng berhenti menggunakan isu vaksinasi atau memerangi wabak COVID-19 untuk menghasut rakyat dan menyebarkan sentimen negatif terhadap kerajaan.

Beliau tidak setuju dengan kenyataan Lim Guan Eng bahawa kerajaan telah mengendalikan Program Imunisasi Nasional dengan teruk dan usaha petugas barisan depan dan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak itu jelas bagi semua.

“Sehingga 15hb Jun, seramai 1,468,689 orang di negara ini telah menerima dua dos vaksin COVID-19. Dari 4.90 juta dos vaksin yang diberikan di negara ini, 3.43 juta dos adalah dos pertama. Negeri yang paling banyak menyuntikan vaksin adalah Selangor (187,443 dos), Sarawak (168,471 dos) dan Johor (142,868 dos). Data tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah melaksanakan Program Imunisasi Nasional secara aktif dan sejumlah 13,837,410 orang di seluruh negara telah mendaftar untuk mendapat vaksin ,ia merupakan 59.1% dari kemajuan sasaran, ” kata Dominic Lau dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau menegaskan bahawa Lim Guan Eng pernah menjadi menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan dan mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara. Pada masa itu, Lim Guan Eng mengakui bahawa DAP tidak dapat meyakinkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menutup kilang Lynas, dan juga berharap rakyat akan bersimpati mereka kerana kurang pengalaman pemerintahan.

“COVID-19 yang merajalela adalah pandemi global yang belum pernah terjadi sebelumnya. Banyak negara maju juga mengalami wabak gelombang kedua dan ketiga, dan masih banyak negara yang belum dapat untuk mengawal wabak ini. Walaupun Malaysia adalah sebuah negara kecil, Kementerian Kesihatan terus berusaha untuk memerangi wabak ini untuk mencapai standard kesihatan antarabangsa. ”

Beliau berkata, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa 1,338,000 dos vaksin Pfizer akan tiba di negara ini mulai minggu ini hingga 2 Julai. Setakat ini, sejumlah 5,950,092 dos vaksin telah diedarkan ke semua negeri dengan jumlah 1,674,142 dos vaksin Sinovac, 3,632,850 dos vaksin Pfizer dan 648,100 dos vaksin AstraZeneca.

Sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy menjangkakan bahawa kadar vaksinasi harian rata-rata akan mencapai 200,000 dos mulai bulan depan dan 300,000 dos pada bulan Ogos.

Dominic Lau juga mengatakan bahawa pemberian dos vaksin harian semalam sudah mencapai lebih daripada sasaran pada 215,876 dos. Ini merupakan berita yang baik.

“Sebagai wakil rakyat, Lim Guan Eng harus menjadi sebagai contoh dengan memberi nasihat kepada rakyat untuk bekerjasama dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM, dan tidak harus menghasut emosi rakyat terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan.”

Dominic Lau meminta Lim Guan Eng untuk menunjukkan gaya kepemimpinannya denagn tidak membuat kenyataan yang provokatif dan tidak konstruktif hanya untuk propaganda murah. Semua parti politik harus berganding bahu untuk melawan wabak COVID-19.

“Lim Guan Eng memprovokasi dan memperolok-olokkan serta menghasut orang membenci kerajaan pusat hanya untuk mendapatkan modal politik untuk dirinya sendiri, tanpa menyedari bahawa dia telah didedahkan sebagai setiausaha agung dan mantan menteri yang tidak konstruktif.”

Beliau berpendapat bahawa wakil rakyat harus mengetepikan perbezaan politik dan menyelesaikan masalah bersama dengan kerajaan, petugas barisan depan dan rakyat pada masa yang sukar ini.

“Lim Guan Eng boleh mengkritik kerajaan, tetapi sila berhenti menghasut rakyat dan menyebarkan sentimen negatif terhadap kerajaan.”

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi