Siaran Akhbar

GERAKAN Desak Lim Guan Eng Tampil Membuat Permohonan Maaf

Ogo 5, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai meminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan beliau menyertai demonstrasi terbuka.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pun berani mengakui kesalahan yang beliau lakukan ini pula DAP.

“Seorang ahli politik berpengaruh berusia 96 tahun tampil mengeluarkan kenyataan dan berani mengakui demonstrasi itu salah. Sepatutnya dilakukan secara maya sahaja.

“Lim Guan Eng, ahli parlimen DAP dan pembangkang yang lain langsung tidak rasa bersalah melanggar undang-undang serta berkumpul tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peraka ini tidak boleh dibiarkan sekiranya mereka (Yang Berhormat) dijangkiti virus ia menambahkan lagi beban petugas barisan hadapan yang semenangnya telah penat.

“Saya mengingatkan Lim Guan Eng dan ahli parlimen DAP untuk membuat saringan serta belajar dari Tun Dr. Mahathir.

“Kekuatan virus mutan Delta tidak boleh diremehkan tetapi ahli parlimen pembangkang yang tidak bertanggungjawab ini tidak takut dengan virus dan berkumpul beramai-ramai. Ini bukan langkah yang bijak,” tegasnya.

Tugas wakil rakyat yang sepatutnya memberi contoh teladan yang baik dan mendorong rakyat untuk mengambil vaksin supaya kita semua dapat capai imuniti berkelompok secepat mungkin.

Selain itu, lebih baik memberi pendedahan kepada rakyat tentang kepentingan vaksinasi dan bukannya buat keceman rendahnya jumlah vaksinasi, imunisasi dan kekurangan kerajaan.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi