Berita Gerakan

Gerakan gesa henti berebut jadi PM

Okt 21, 2020

IPOH – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Perak meminta mana-mana pemimpin yang berhasrat menjadi perdana menteri ketika ini menghentikan niat mereka memandangkan agenda mengawal wabak Koronavirus (Covid-19) lebih besar.

Pengerusinya, Datuk See Tean Seng berkata, agenda dan cita-cita peribadi pemimpin tertentu harus diketepikan untuk bersama-sama petugas barisan hadapan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya melihat kerajaan sedia ada perlu dikekalkan biarpun kedudukan begitu rapuh sehinggalah penularan Covid-19 ini berjaya diatasi dan ekonomi dapat dipulihkan.

“Sekarang bukan masa berebut nak jadi perdana menteri. Ketika ini, semua kena bersatu termasuk ahli politik. Semua pemimpin politik perlu berkongsi idea untuk membendung masalah yang dihadapi dan menggunakan kepakaran masing-masing untuk memulihara ekonomi negara.

“Jika dilaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika ini pun, rakyat tidak akan berani turun mengundi kerana virus ini masih ada dalam kalangan komuniti. Sudah tentulah kestabilan belum tentu terjamin apabila rakyat tidak ramai yang turun mengundi,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma Gerakan Perak di sini hari ini.

Tean Seng berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sepatutnya menjadi pengajaran buat ahli politik untuk meredakan keadaan dan suasana bagi mengelakkan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini terus bertambah.

Katanya, kepentingan nyawa manusia mesti menjadi keutamaan berbanding kuasa untuk memerintah kerana negara akan berdepan lebih banyak krisis jika virus ini tidak dibendung segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi sindir pihak utamakan agenda politik

Beliau berkata, semua sepatutnya akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya perbalahan politik ini dihentikan segera supaya fokus boleh diberikan kepada usaha untuk memulihkan negara.

Dalam pada itu, Tean Seng berkata, susulan titah Yang di-Pertuan Agong itu, Gerakan sudah menggerakkan kempen menandatangani petisyen secara dalam talian bagi menuntut semua pihak supaya akur dengan titah Seri Paduka.

Menurutnya, orang ramai digesa untuk turut sama menyokong petisyen berkenaan dengan sasaran 500,000 seluruh negara.

Katanya, hasil petisyen itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai menyokong titah Seri Paduka untuk menghentikan sebarang perbalahan politik demi kebaikan negara.

Beliau berkata, rakyat di bawah sendiri sudah menyampah dengan situasi politik yang sedang berlaku kerana fokus terhadap memulihkan negara tidak menjadi keutamaan.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi