Berita Gerakan

Gerakan gesa KASA tangguh permohonan Pulau Pinang naik tarif air

Jun 2, 2021

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menangguhkan permohonan kenaikan tarif air di Pulau Pinang sehingga keadaan Covid-19 pulih.

Setiausahanya, Hng Chee Wey berkata, penangguhan kenaikan seperti yang diminta dan dicadangkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu bagi memastikan beban kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan.

Menurut Chee Wey, kerajaan negeri juga memainkan peranan penting dan pengaruh besar dalam pelarasan tarif air berkenaan.

“Ini dinyatakan oleh PBAPP dalam kenyataan pada 24 Mei lalu yang mana SPAN melaksanakan rundingan awam berkaitan cadangan semakan semula tarif air yang dikemukakan PBAPP pada 2019.

“Maka, dengan jelas, rundingan awam diadakan kerana kerajaan negeri yang mengemukakan permintaan dan cadangan untuk menaikkan tarif air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PBAPP sebelum ini mencadangkan kenaikan RM3 hingga RM15 tarif air untuk pengguna domestik bergantung kepada penggunaan yang dijangka melibatkan kira-kira 75 peratus akaun domestik.

Menerusi semakan itu, pengguna komersial akan mengalami kenaikan antara RM3 dan RM18.80 dengan kenaikan maksimum RM69.19 bagi mereka yang menggunakan lebih dari 100 meter padu air setiap bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Chee Wey turut menggesa kerajaan negeri mengurangkan kadar caj air atau menawarkan potongan tarif air kepada penduduk Pulau Pinang dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, PBAPP sebelum ini pernah menyatakan sebilangan besar isi rumah di Pulau Pinang mungkin menggunakan lebih banyak air sepanjang tempoh pelaksanaan PKP kerana semua orang berusaha untuk duduk di rumah.

“Kami percaya lebih ramai isi rumah di negeri ini akan menggunakan lebih banyak air dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 akan datang ekoran arahan PKP penuh.

“Setiap orang dan semua perniagaan bergantung kepada sumber bekalan air untuk menjaga kebersihan kendiri dan tempat kerja demi membendung penyebaran wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

禁在野党议员进校有失公允  黄佳祯:学校是公共场所

禁在野党议员进校有失公允 黄佳祯:学校是公共场所

(雙溪大年18日訊)吉打州行政議員黃佳禎說,由於團結政府禁止在野黨議員進校園,造成吉打州議員要給州內的華淡小撥款及援助時都要偷偷在校外進行,校方也不敢把所拍的照片上載至社交媒體,情況猶如在野的人民代議士與校方在偷情。

baca lagi