Berita Gerakan

GERAKAN gesa kerajaan panggil Duta Besar China ke Malaysia

Sep 1, 2023

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Kementerian Luar disaran supaya memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Alexander Lo Su Hyen berkata, wakil negara berkenaan wajar memberikan penjelasan terutama isu melibatkan kedaulatan negara.

“Gerakan menggesa kerajaan supaya bertindak lebih tegas dalam isu-isu kedaulatan Negara yang ditimbul oleh negara China baru-baru ini, iaitu “perairan dan EEZ (zon ekonomi eksklusif) Malaysia dirangkumi dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Alexander, provokasi yang dibuat oleh China berkenaan perlu dihentikan kerana melibatkan kedaulatan negara ini.

“Gerakan memandang serius terhapad sebarang isu kedaulatan negara dan ingin menggesa Kerajaan PH BN untuk bertindak sedemikian untuk melindungi kedaulatan negara kita,” tambahnya.

Tambah Alexander, ini bukan kali pertama China membuat provokasi yang ke kawasan maritim Malaysia.

Baru-baru ini, China mengeluarkan “Peta Standard China Edisi 2023” yang meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.

Bagaimanapun, Kementerian Luar menegaskan bahawa Malaysia tidak mengikktiraf tuntutan tersebut.

Kementerian itu dalam masa yang sama berkata kerajaan akan menghantar nota bantahan terhadap negara berkenaan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi