Berita Gerakan

Gerakan harap kerajaan baharu terus beri perhatian kepada Pulau Pinang

Ogo 21, 2021

GEORGETOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang berharap Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus mengambil berat permintaan dan keperluan rakyat negeri ini meskipun Pulau Pinang merupakan negeri pembangkang.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ketika ini adalah penting dan amat diperlukan supaya pelbagai masalah yang berbangkit dapat ditangani.

Dalam masa sama, beliau menggesa semua pemimpin politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang menghentikan perbalahan dengan segera dan menumpukan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 serta memacu semula ekonomi negara.

“Selaku Perdana Menteri baharu, Ismail Sabri berdepan dengan cabaran berat. Beliau perlu berganding bahu dengan setiap kerajaan negeri untuk meredakan keadaan Covid-19 di negara kita.

“Sementara itu, beliau juga perlu memastikan pelabur asing terus melabur di negara kita untuk mengelakkan kemerosotan ekonomi susulan daripada ketidakstabilan politik dan keadaan Covid-19 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Gerakan Pusat, Ismail Sabri juga perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menarik pelabur asing ke Pulau Pinang khususnya sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran.

Selain itu jelasnya, bantuan bagi menangani masalah berkaitan pandemik Covid-19 di Pulau Pinang juga perlu diberi perhatian serius termasuk mengatasi isu kekurangan bekalan vaksin untuk negeri itu.

“Kita juga berharap Pakatan Harapan (PH) khususnya Kerajaan PH Negeri Pulau Pinang mengutamakan kepentingan rakyat dan mengetepikan perbezaan politik.

“Mereka perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu untuk sama-sama mengekang pandemik Covid-19 dan membantu rakyat mengharungi cabaran ini,” ujarnya. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi