Siaran Akhbar

GERAKAN harap kerajaan terus tingkatkan ketelusan maklumat vaksin COVID-19

Mei 3, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan maklumat mengenai vaksin COVID-19 supaya meningkatkan keyakinan dan menggalakkan lebih ramai orang mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi COVID-19.

Maklum balas yang kami dapat menunjukkan sebahagian besar rakyat masih kurang yakin terhadap vaksin COVID-19 dan enggan mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti GERAKAN.

“Kerajaan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai vaksin secara telus supaya rakyat dapat lebih banyak infomasi dan keyakinan terhadap vaksin. Walaupun rakyat tidak diberi kuasa untuk memilih jenis vaksin yang mereka mahukan namun sewajarnya diberitahu jenis vaksin yang akan mereka disuntik.

Dominic Lau membuat kenyataan di atas setelah menghadiri aktiviti vaksinasi pendaftaran di Pasar Pekan Baru, Teluk Intan dan mengedarkan kurma kepada orang ramai.

Beliau kata, terdapat beberapa komen negatif terhadap Program Imunisasi COVID-19 sekarang dan diharapkan kerajaan mesti berusaha memperbaikinya.

“Semasa GERAKAN membantu rakyat mendaftarkan dalam Program Imunisasi COVID-19, kami juga memberi infomasi mengenai vaksin supaya rakyat tidak hanya menerima maklum balas negatif atau infomasi yang salah dari media sosial.”

“Vaksin yang diluluskan oleh kerajaan Malayia termasuk vaksin dibuat oleh Pfizer, Sinovac, CanSinoBIO, Sputnik V dan AstraZeneca. Walau bagaimanapun, vaksin AstraZeneca tidak akan dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dan hanya memberikan vaksin ini kepada sukarelawan.”

Beliau kata, sejak fasa kedua Program Imunisasi dimulai pada pertengahan April, hanya 880,771 orang yang telah divaksinasi sejauh ini, dan jumlah kes baru di negara ini masih meningkat setiap hari. Rakyat mesti mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi dengan secepat mungkin bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Beliau juga meyeru orang ramai untuk mematuhi SOP dan kepada sesiapa yang masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19, sila buat demikian dengan secepat mungkin.