Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN Hulu Selangor sumbang 150kg beras untuk menjayakan bubur lambuk

Apr 18, 2022

Parti Gerakan Bahagian Hulu Selangor hari ini memberi sumbangan 150 kilogram beras kepada BERSATU dan PAS Hulu Selangor untuk penyediaan bubur lambuk kepada penduduk setempat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi GERAKAN Bahagian Hulu Selangor Henry Teoh Kien Hong berkata, bubur lambuk merupakan antara juadah atau aktiviti yang menjadi kewajipan pada umat Islam terutamanya dalam bulan Ramadan.

Untuk pengetahuan, bubur lambuk dimasak dengan pelbagai bahan campuran antara utama adalah nasi, rempas ratus, sayur-sayuran dan lain-lain. Apa yang menarik adalah setiap negeri mempunyai cara masakan tersendiri.

Contohnya negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan juga mempunyai kaedah masakan tradisional yang berbeza. Bubur lambuk mereka mengandungi sayur-sayur unik yang dikenali sebagai pucuk midin atau pucuk paku dan mereka memasukkan sedikit budu sebagai penambah rasa.

“Malah apa yang saya dimaklumkan, bubur lambuk ini bukan sekadar aktiviti masakan biasa tetapi ia dapat eratkan hubungan silatullrahim semasa bergotong royong memasak bubur lambuk, amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang-orang miskin pada bulan mulia ini.

“Kami berharap dengan sumbangan kecil ini dapat menguatkan lagi hubungan yang terjalin dan memupuk lebih banyak nilai-nilai murni dalam kalangan penduduk Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa bagi umat Islam, keutamaan Ramadan bukan sahaja untuk menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga untuk mengingatkan diri mereka untuk menyelami kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.

Dalam pada itu beliau mengingatkan sepanjang bulan Ramadan agar mematuhi SOP yang ditetapkan supaya kegembiraan yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin pada tahun ini.

Akhir sekali, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Moga sihat dan bahagian disamping keluarga.

Henry Teoh Kien Hong
Pengerusi Gerakan Bahagian Hulu Selangor

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

(吉隆坡11日讯)甲洞增江腾云功(增江)分会会所管理权遭吉隆坡市政厅收回的事件继续发酵,民政党甲洞代表王胜龙挑战民主行动党甲洞国会议员林立迎,针对此事辩论。

baca lagi