Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN ingatkan ibu bapa agar menjaga keselamatan ‘anak-anak’ di bazar Ramadan

Apr 28, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengingatkan kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan terutamanya ibu bapa untuk tidak membawa kanak-kanak berumur kurang 12 tahun kerana berisiko dijangkiti COVID-19.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, mengikut jumlah yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak awal tahun ini jumlah keseluruhan murid berusia 12 tahun dan ke bawah yang dijangkiti wabak adalah 23,779 orang.

“Angka ini membimbangkan kerana sepanjang tahun lalu, seramai 8,369 murid disahkan dijangkiti COVID-19”

“Semasa saya lawat bazar semalam, saya nampak ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka ke sini. Sebenarnya tidak digalakkan dan lagi bagus tidak bawa langsung,” katanya pada Program GERAKAN Bersama Rakyat di Bazar Jalan Kucing, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Dominic Lau, secara peribadi beliau memang suka lawatan ke bazar Ramadan, kerana ia bukan sahaja ada makanan yang sedap tetapi juga boleh melihat pelbagai kaum di negara ini dapat hidup bersama-sama dengan aman dan harmoni.

Program tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin-peminpin Parti GERAKAN dan juga rakan-rakan dari PAS dan BERSATU Wilayah Persekutan.

Dalam pada itu, Dominic Lau turut berkongsi perasaan beliau apabila berjaya menghabiskan ‘Puasa Challenge’ untuk satu hari.

“Sebenarnya dah lama saya ingin cuba berpuasa tapi selalu tidak berkesempatan. Jadi Ramadan kali ini saya peluang untuk berpuasa satu hari”

“Pada saya, apabila saya belajar berpuasa ini, ia banyak mengajar tentang hormat diantara satu sama lain selain dapat merasai perasaan macam mana kawan-kawan Islam berpuasa.

Katanya, program yang diadakan dapat mendekati dengan rakyat terutama umat islam yang berpuasa dalam bulan ramadan ini.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi