Siaran Akhbar

GERAKAN Kecewa Dengan Kenyataan ‘Melampau’ Dr Mahathir

Jan 15, 2024

Berhubung dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyatakan masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara Malaysia kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan kesetiaan sesebuah masyarakat yang telah lama berada di sini, berbahasa kebangsaan, menghormati undang-undang negara, menjadi identiti kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum dan menyumbang kepada pembangunan negara, adalah sangat memalukan dan tidak sepatutnya datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pada suatu ketika dulu membawa agenda Wawasan 2020.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaumnya dan kepelbagaian tersebutlah menjadi tunjang keteguhan negara yang bertuah ini. “Apa yang menyedihkan, bekas perdana menteri itu dalam temubualnya berkata telah pun ‘compensated well’ masyarakat bukan Melayu ke atas sumbang mereka. Bolehkah kita ‘memberi pampasan’ kepada rakyat kita sendiri?! tegas Dr. Dominic Lau Hoe Chai”.

Ahli politik perlu keluar dari perigi politik cetek, tidak guna kita mendabik dada sebagai sebuah negara yang pesat membangun, tetapi kepelbagaian dalam kalangan masyarakat diserang barah!

Rakyat Malaysia perlu bersatu, menerima faktanya bahawa negara ini adalah sebuah negara yang dibina bersama atas landasan perpaduan, dan benih pemahaman dan silatuhrahim yang kita tanam hari ini, suatu hari nanti akan mekar sebagai kemakmuran bersama.

Tambah Senator Dr. Dominic Lau, GERAKAN pernah sebelum ini mengadakan pertemuan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mengutarakan kekesalan berhubung kenyataan kontroversinya semasa Pilihanraya Kecil Pulai tahun lalu, di mana Dr Mahathir menyatakan parti politik pimpinan bukan Melayu sebagai parti pendatang.

GERAKAN berpendapat kenyataan-kenyataan sebegini daripada seorang yang dilihat sebagai negarawan adalah sangat menyinggung dan Kerajaan perlu menasihatkan beliau untuk tidak terus menanam perbezaan yang berkemungkinan memecahkan semangat Bangsa Malaysia yang telah kita bina selama ini.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

不降油价 反削减补贴 希盟违诺失信于民

(槟城18日讯)民政党全国署理主席胡栋强抨击首相安华,于2022年大选时高喊上台即降油价,如今人民苦等了1年半,却等不到安华兑现承诺降低油价,反而却等来了政府削减汽油补贴,让油价上涨,希盟失信于人民,安华亏欠人民一个道歉!

baca lagi