Siaran Akhbar

GERAKAN Kritik Cadangan Mengarut Liew Chin Tong

Jul 17, 2021

GERAKAN mengkritik cadangan mengarut yang diusulkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkenaan Senator diharapakn pilih secara terus oleh pengundi melalui peti undi seperti mana Senator di Australia.

Menurut Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, kenapa Liew Chin Tong tidak memberi cadangan sebegini rupa sewaktu beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebaik sahaja tamat tempohnya menjadi Ahli Dewan Negara, terus memberi cadangan mengarut ini.

“Pemimpin DAP sepatutnya buatlah kerja dengan elok bukannya bertukar fikiran selepas tiada kuasa,” jelasnya ketika sidang media secara maya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini.

Perkembangan lain, seperti media sedia maklum, mesyuarat Dewan Rakyat Khas akan mula dibuka pada 26 Julai ini selama 5 hari.

GERAKAN berharap ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang nanti tidak menjadi seperti sebelum ini ‘bergaduh’ dan membuat ‘bising’ serta menyoalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai ahli Parlimen.

Lebih baik focus bantu rakyat dan tangani COVID-19 bersama-sama supaya kita semua dapat kembali kepada sedia kala.

Mesyuarat Khas Parlimen ini adalah untuk membincangkan isu berkaitan dengan COVID-19, termasuklah Ordinan Darurat dan persidangan secara hybrid.

Oleh itu, saya berharap ahli Parlimen dan kakitangan yang bersidang nanti mematuhi SOP dan jaga penjarakkan sosial supaya tidak mewujudkan kluster Parlimen pula.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN