Siaran Akhbar

GERAKAN lancar kempen untuk golongan memerlukan

Jun 4, 2020

Kuala Lumpur, 4 Jun – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini melancarkan program sumbangan keperluan asas dalam sebuah kempen ‘Demi Rakyat GERAKAN Berjuang, Bersatu Hati dan Setia Berkhidmat’ dalam persidangan akhbar atas talian. Lebih 5000 set keperluan asas diagihkan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti B40 dan sebagainya. Program yang bermatlamatkan “demi rakyat” itu bertujuan untuk membela nasib rakyat di samping membantu orang ramai dalam menghadapi “normal baharu”.

Ramai yang telah kehilangan kerja, menukar kerja dan dipotong gaji sejak perlaksanaan PKP 78 hari lalu. Program ini dilaksana untuk mencapai ideologi utama Gerakan untuk membela nasib rakyat, ahli di peringkat akar umbi.

“Oleh kerana Parti Gerakan mempunyai sumber yang sangat terhad, tumpuan program ini dilaksanakan di negeri garis depan iaitu di Pulau Pinang. Manakala pemohon perlu memenuhi syarat utama program seperti perlulah terdiri daripada golongan B40, warganegara Malaysia, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas. Selain terhad untuk 1500 orang pemohon setiap hari ianya akan mula dilaksanakan dari 6 Jun hingga 9 Jun 2020 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Pejabat Gerakan Pulau Pinang dan kawasan yang terlibat seperti Bukit Bendera, Bayan Baru, Jelutong, Bukit Gelugor, Tanjong, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.”

Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang media atas talian hari ini.

“Program meja bulat komuniti” yang diadakan bulan lalu bukan sahaja mendapat sambutan baik. Malah golongan tidak berkemampuan juga meminta Gerakan untuk teruskan aktiviti bantuan ini untuk membolehkan lebih ramai yang boleh peroleh manfaat.

Beliau juga menggesa supaya semua ahli perniagaan turut serta dalam kempen ini untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan dengan pandemik ini. Antara agihan bantuan yang disalurkan kepada orang ramai adalah beras 5Kg dan sepapan telur (30 biji) sebanyak 5000 set dan beberapa keperluan asas lain.

Gerakan berharap dengan adanya program seperti ini, warga yang tidak bernasib baik akan memperolehi manfaat.