Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan lancar pemukiman susun strategi hadapi PRU15

Mac 13, 2021

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai hari ini melancarkan pemukiman parti itu hari ini untuk membincangkan strategi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ia juga diadakan bagi mendapatkan kepercayaan pengundi dan rakyat Malaysia sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti itu yang ditubuhkan sejak 1968.

“Retreat dua hari yang bermula hari ini penting bagi Gerakan sebagai persediaan menghadapi PRU15,” katanya kepada media selepas merasmikannya di Dewan Pulau Pinang, Menara PGRM di sini hari ini.

Pemukiman itu membabitkan penyertaan 130 perwakilan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Pemuda, Wanita dan peringkat negeri dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi di 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi