Siaran Akhbar

GERAKAN memandang serius terhadap isu kenaikkan harga ubat

Jun 27, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa kerajaan untuk memandang serius terhadap isu kenaikan harga ubat-ubatan yang dijangka akan meningkat sebanyak 5% peratus dalam kerana ianya berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit.

Beliau memberitahu bahawa kejatuhan nilai ringgit Malaysia telah memberi kesan kepada harga barangan import dan juga harga ubat-ubatan.

“Jika harga meningkat, rakyat akan menanggung kos perubatan yang mahal. Terutamanya pesakit yang memerlukan rawatan jangka masa panjang.

“Ubat-ubatan adalah keperluan penting. Kerajaan perlu mengutamakan kesihatan rakyat dan mengambil tindakan bagi memastikan kestabilan terjamin”

“Jika harga mahal, kos operasi bagi institusi perubatan akan meningkat, dan doktor juga akan terkesan. Ini juga akan mengurangkan kualiti rawatan perubatan serta menghalang pesakit untuk menerima rawatan tepat pada masanya”

Dominic Lau membuat satu kenyataan di atas susulan daripada kenyataan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang mengatakan bahawa harga ubat dijangka akan naik.

Semalam (26 June) di dalam Dewan Negara, Dominic Lau telah membahas mengenai laporan kertas putih kesihatan dan menyatakan bahawa rakyat terpaksa membayar kos yang lebih pada ubat-ubatan dan juga caj perkhidmatan. Ia amat berbeza jika dibandingkan sebelum pandemik COVID-19.

Kos perbelanjaan meningkat daripada RM22.39 billion pada 2019 kepada RM 24.6 bilion pada tahun 2021. Ini telah menunjukkan rakyat Malaysia berbelanja lebih untuk kos perubatan sahaja.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu memperkukuhkan kawalan untuk ketelusan harga ubat”

“Pada masa yang sama, kerajaan juga boleh mempertimbangkan kenaikan subsidi, mengurangkan kadar cukai, ataupun tidak mengenakan cukai ubat-ubatan yang diimport dari negara luar bagi mengurangkan beban rakyat dan institusi perubatan” katanya.

Tambah Dominic, beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mempromosikan R&D dan pengeluaran ubat-ubatan tempatan bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat-ubatan yang diimport untuk mengurangkan kos dan harga.

“Kerajaan juga boleh beri dana serta menyediakan sumber bagi menyokong penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan negara bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengeluaran ubat-ubatan. Ini akan membantu meningkatkan kestabilan bekalan ubat secara domestik sekaligus dapat mengurangkan permintaan ubat yang diimport”

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi