Siaran Akhbar

GERAKAN menasihatkan DAP jangan hanya menegakkan keadilan sahaja

Feb 6, 2024

Pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP hanya menjadi ‘boneka bisu’ berhubung isu pengampunan Najib Razak dan siasatan polis terhadap Tony Pua.

Saya menasihatkan DAP jangan hanya menegakkan keadilan atau bising semasa menjadi pembangkang sahaja dan berdiam diri apabila sudah jadi kerajaan dan ada jawatan.

Sikap sebegini sangat memalukan, walhal sebelum ini pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP antara yang banyak menghasut rakyat dan menjadikan modal kempen parti pada pilihan raya umum 2018 dan 2022.

Dimana pendirian pemimpin DAP, apabila Anothony Loke sendiri yang merupakan Setiausaha Agung mengeluarkan kenyataan meminta bertenang dan meminta untuk akar umbi tidak mengkritik atau mengulas isu berkenaan.

Saya berasa hairan, adakah mereka ini berubah 1180 darjah disebabkan takut kehilangan jawatan sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan maruah serta abaikan janji terhadap pengundi-pengundi.

Paling ketara, Akta Hasutan kini digunakan terhadap pesaing politik Kerajaan yang kini memegang kuasa persekutuan.

Sungguh dahsyat kerana perkara ini berlaku di bawah kerajaan yang diketuai Pakatan Harapan yang ketika menjadi pembangkang mengutuk penggunaan dan kewujudan Akta Hasutan sebagai menindas dan menghina kebebasan bersuara.

Kini apabila menjadi Kerajaan, pemimpin Pakatan Harapan termasuk DAP tidak ragu-ragu untuk menggunakannya.

LOH KAH YONG
SETIAUSAHA AGUNG
GERAKAN