Siaran Akhbar

GERAKAN anjur rumah terbuka Tahun Baharu Cina secara maya

Feb 9, 2021


Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2021 secara maya pada hari pertama perayaan Tahun Baharu Cina (12hb Februari), untuk menyambut perayaan ini dalam norma baharu.

Setiausaha Agung GERAKAN Mak Kah Keong berkata, Parti GERAKAN terpaksa batalkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, dan majlis rumah terbuka tahun ini akan dianjurkan secara maya untuk menyambut Tahun Baharu Cina dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Selama bertahun-tahun, GERAKAN telah mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina pada hari pertama perayaan. Program ini malah menjadi acara yang wajib dikunjungi oleh orang ramai di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tahun ini orang ramai masih boleh menyertai majlis rumah terbuka kami secara maya dan merasakan kemeriahan suasana sambutan Tahun Baharu Cina.”

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2021 akan berlangsung melalui Facebook Live Parti GERAKAN yang rasmi, iaitu di pautan:
https://www.facebook.com/gerakan.my pada 12hb bermula 10am.

Pada majlis itu, para pemimpin GERAKAN akan mengucapkan kesyukuran atas sambutan Tahun Baharu Cina ini kepada orang ramai serta upacara menggaul Yee Sang yang melambangkan nasib baik, kemakmuran dan segala perkara yang menguntungkan semua orang.

Beliau juga menjemput orang ramai tidak kira bangsa dan agama untuk menyertai program ini dan menunjukkan budaya dan semangat ke-Malaysiaan di negara ini.