Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN Mengutuk Sekeras-Kerasnya Konspirasi Anti-Perdana Menteri

Ogo 12, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik parti pembangkang kerana menyoal jumlah majoriti ahli parlimen yang menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, beliau juga menyoal adakah pembangkang mempunyai senarai Perdana Menteri(PM) mereka sendiri?

“Beberapa parti pembangkang telah berkomplot dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara senyap dan merancang untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) dan menggantikan PM.

“Sekaligus ia menunjukkan mereka ini telah menggadaikan maruah demi kepentingan peribadi dan jauh sekali untuk berbakti kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu baginda menzahirkan rasa kecewa kepada sesetengah pemimpin politik yang mengganggu perjalanan kerajaan dan berebut kuasa.

Baginda juga bertitah agar semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat serta perpaduan ummah dan bukan sebaliknya demi kepentingan peribadi.

“Bukannya niat saya ingin meremehkan tetapi jika konspirasi ini berjaya sekalipun, mereka tidak mempunyai calon perdana menteri yang sesuai,” ujarnya.

Dominic Lau Hoe Chai mengatakan ahli Parlimen yang tidak menyokong PN sebenarnya terdapat tiga pecahan. Pertama Pakatan Harapan(PH), kedua 15 ahli Parlimen UMNO dan ketiga adalah parti-parti lain seperti Parti PEJUANG, Parti Warisan Sabah, Parti Sarawak Bersatu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu(UPKO),Ikatan Demokratik Malaysia dan ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.
“Sekiranya ahli parti yang disebutkan di atas telah membincangkan calon perdana menteri, adakah UMNO bersetuju Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri.

“Tetapi dalam kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini, MKT UMNO tetap dengan pendirian tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai PM atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH)” jelasnya.

Jadi sekarang adakah PH juga bersetuju sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di calonkan sebagai PM setelah kenyataan seperti diatas dikeluarkan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mempersoalkan desakan parti pembangkang untuk PM meletakan jawatan. Adakah agenda ini bermotifkan politik atau benar-benar ingin menyelamatkan negara.

Dia mengingatkan bahawa wabak COVID-19 adalah masalah global dan bukan hanya di Malaysia. Terdapat banyak sebab mencapai kejayaan atau menemukan kegagalan dalam pencegahan wabak ini.

Kerajaan hanya dapat mengatur langkah dan meningkatkan strategi pencegahan wabak varian Delta wabak Covid-19. Apa yang kita boleh banggakan adalah kerajaan sekarang dapat mengawal wabak ini dengan sebaik mungkin.

“Saya harap setiap parti pembangkang dapat berfikir dengan tenang dan lebih rasional. Sekiranya PM mengundurkan diri, siapa yang akan berkuasa dan mengambil tanggungjawab untuk memerangi wabak ini? Boleh diramalkan bahawa ini akan menyebabkan satu lagi pusingan politik akan berlaku” tegasnya.

Dominic Lau Hoe Chai percaya perubahan tampuk pimpinan kerajaan adalah perkara tidak wajar kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah.

“Jangan lupa bahawa PH masih tidak dapat majoriti kerusi di parlimen.Dari awal hingga akhir, Parti Pejuang yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti-parti lain tidak pernah menyatakan sokongan mereka terhadap PH di sidang Parlimen.

“Mahathir telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim bukan calon perdana menteri. Sekiranya PH sangat mengesyorkan Anwar, ia tidak akan dapat memperoleh sokongan daripada Parti PEJUANG dan parti yang menyokongnya.

“UMNO pula mempunyai masalah dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Kini hanya PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan majoriti. Malah pembangkang-pembangkang UMNO sendiri, menunggu pembukaan Parlimen pada September ini,” jelasnya.

Beliau mencadangkan agar ahli Parlimen atau pakatan politik yang mahu PM mengundurkan diri, harus mempunyai rancangan yang munasabah demi kepentingan negara.

Pengunduran PM sebenarnya langsung tidak membantu negara kita memerangi wabak COVID-19 kecuali hanya sekadar melepaskan kemarahan mereka dan mencapai agenda politik masing-masing.

Perkembangan lain, setelah melihat laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, beliau berkata, PM telah menjangkakan pada akhir Oktober tahun ini, 100 atau 80 peratus daripada jumlah penduduk akan diberi vaksinasi.

Malah, PM juga telah berjanji akan mengembalikan semula segala kemudahan dan hak kepada rakyat sekiranya wabak COVID-19 dapat diatasi atau dalam keadaan stabil.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi