Siaran Akhbar

GERAKAN Mengutuk Sekeras-Kerasnya Konspirasi Anti-Perdana Menteri

Ogo 12, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik parti pembangkang kerana menyoal jumlah majoriti ahli parlimen yang menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, beliau juga menyoal adakah pembangkang mempunyai senarai Perdana Menteri(PM) mereka sendiri?

“Beberapa parti pembangkang telah berkomplot dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara senyap dan merancang untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) dan menggantikan PM.

“Sekaligus ia menunjukkan mereka ini telah menggadaikan maruah demi kepentingan peribadi dan jauh sekali untuk berbakti kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu baginda menzahirkan rasa kecewa kepada sesetengah pemimpin politik yang mengganggu perjalanan kerajaan dan berebut kuasa.

Baginda juga bertitah agar semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat serta perpaduan ummah dan bukan sebaliknya demi kepentingan peribadi.

“Bukannya niat saya ingin meremehkan tetapi jika konspirasi ini berjaya sekalipun, mereka tidak mempunyai calon perdana menteri yang sesuai,” ujarnya.

Dominic Lau Hoe Chai mengatakan ahli Parlimen yang tidak menyokong PN sebenarnya terdapat tiga pecahan. Pertama Pakatan Harapan(PH), kedua 15 ahli Parlimen UMNO dan ketiga adalah parti-parti lain seperti Parti PEJUANG, Parti Warisan Sabah, Parti Sarawak Bersatu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu(UPKO),Ikatan Demokratik Malaysia dan ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.
“Sekiranya ahli parti yang disebutkan di atas telah membincangkan calon perdana menteri, adakah UMNO bersetuju Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri.

“Tetapi dalam kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini, MKT UMNO tetap dengan pendirian tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai PM atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH)” jelasnya.

Jadi sekarang adakah PH juga bersetuju sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di calonkan sebagai PM setelah kenyataan seperti diatas dikeluarkan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mempersoalkan desakan parti pembangkang untuk PM meletakan jawatan. Adakah agenda ini bermotifkan politik atau benar-benar ingin menyelamatkan negara.

Dia mengingatkan bahawa wabak COVID-19 adalah masalah global dan bukan hanya di Malaysia. Terdapat banyak sebab mencapai kejayaan atau menemukan kegagalan dalam pencegahan wabak ini.

Kerajaan hanya dapat mengatur langkah dan meningkatkan strategi pencegahan wabak varian Delta wabak Covid-19. Apa yang kita boleh banggakan adalah kerajaan sekarang dapat mengawal wabak ini dengan sebaik mungkin.

“Saya harap setiap parti pembangkang dapat berfikir dengan tenang dan lebih rasional. Sekiranya PM mengundurkan diri, siapa yang akan berkuasa dan mengambil tanggungjawab untuk memerangi wabak ini? Boleh diramalkan bahawa ini akan menyebabkan satu lagi pusingan politik akan berlaku” tegasnya.

Dominic Lau Hoe Chai percaya perubahan tampuk pimpinan kerajaan adalah perkara tidak wajar kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah.

“Jangan lupa bahawa PH masih tidak dapat majoriti kerusi di parlimen.Dari awal hingga akhir, Parti Pejuang yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti-parti lain tidak pernah menyatakan sokongan mereka terhadap PH di sidang Parlimen.

“Mahathir telah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim bukan calon perdana menteri. Sekiranya PH sangat mengesyorkan Anwar, ia tidak akan dapat memperoleh sokongan daripada Parti PEJUANG dan parti yang menyokongnya.

“UMNO pula mempunyai masalah dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Kini hanya PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan majoriti. Malah pembangkang-pembangkang UMNO sendiri, menunggu pembukaan Parlimen pada September ini,” jelasnya.

Beliau mencadangkan agar ahli Parlimen atau pakatan politik yang mahu PM mengundurkan diri, harus mempunyai rancangan yang munasabah demi kepentingan negara.

Pengunduran PM sebenarnya langsung tidak membantu negara kita memerangi wabak COVID-19 kecuali hanya sekadar melepaskan kemarahan mereka dan mencapai agenda politik masing-masing.

Perkembangan lain, setelah melihat laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, beliau berkata, PM telah menjangkakan pada akhir Oktober tahun ini, 100 atau 80 peratus daripada jumlah penduduk akan diberi vaksinasi.

Malah, PM juga telah berjanji akan mengembalikan semula segala kemudahan dan hak kepada rakyat sekiranya wabak COVID-19 dapat diatasi atau dalam keadaan stabil.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债

民政党主席拿督刘华才要求首相安华解释,新债务减少是否因大马城交易填补财政缺口。他批评政府利用数据掩盖国债飙升的事实,并警告若无有效控制举债和开支,国家经济问题将持续恶化,财政压力难以缓解。

baca lagi
Madani jual bandar Malaysia untuk susutkan hutang negara

Madani jual bandar Malaysia untuk susutkan hutang negara

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pengurangan hutang negara, yang dikaitkan dengan hasil penjualan Bandar Malaysia. Beliau menegaskan kerajaan perlu membangunkan strategi jangka panjang untuk mengawal perbelanjaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

baca lagi
印花税上涨,人民新负担

印花税上涨,人民新负担

民政党人权局主任蔡高庭质问政府为何在未公告的情况下调高租赁合约印花税,认为此举将加重租户的经济负担,尤其是低收入群体。他强调,政府不应将人民当作财政收入的来源,而应优先考虑民生福祉,并呼吁立即取消涨税决定。

baca lagi
Kenaikkan kadar duti setem, bebanan baru kepada rakyat

Kenaikkan kadar duti setem, bebanan baru kepada rakyat

GERAKAN membantah kenaikan duti setem penyewaan yang akan berkuat kuasa pada 2025, menyifatkannya sebagai langkah yang menambah beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Ketua Biro Hak Asasi Manusia, Chai Ko Thing, mendesak kerajaan membatalkan kenaikan ini atau memberi penjelasan jelas kepada rakyat yang terkesan.

baca lagi
民政文告/刘华才:说好的保护吹哨者呢?

民政文告/刘华才:说好的保护吹哨者呢?

民政党全国主席拿督刘华才批评安华在《吹哨者保护法令》上的U转立场,指责希盟执政后背弃保护告密者的承诺,限制媒体监督。他强调,政府应确保吹哨者的安全,而非设限打压,否则只会削弱反贪斗争,损害民主诚信。

baca lagi
Garis panduan yang boleh memperkukuhkan hubungan harmoni antara kaum

Garis panduan yang boleh memperkukuhkan hubungan harmoni antara kaum

Naib Presiden GERAKAN, Datuk Parameswaran, menekankan bahawa garis panduan baharu mengenai penglibatan umat Islam dalam acara bukan Islam harus berlandaskan prinsip keharmonian dan tidak dipolitikkan. Beliau menyeru pemimpin politik untuk menghapuskan diskriminasi serta memastikan keadilan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

baca lagi