Siaran Akhbar

GERAKAN Minta KPM Kaji Semula Pembukaan Sekolah 3 Oktober Ini

Sep 9, 2021

Kementerian Pendidikan (KPM) digesa mempertimbangkan semula pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober ini memandangkan bilangan kes COVID-19 masih di tahap membimbangkan.

Dr. Kiew Hen Choong berkata, membenarkan anak-anak kembali ke sekolah satu dalam keadaan begini amat tidak wajar sama sekali.

“Bagi saya ia akan mengundang lebih lagi risiko dijangkiti COVID-19 kerana kerajaan belum lagi melaksanakan imunisasi kepada remaja beumur 12 ke 18 tahun.

“Malah para guru juga masih belum lagi mencapai kekebalan imunisasi secara menyeluruh. Ini satu perkara yang tidak patut dilaksanakan lagi buat sementara ini,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Kiew Hen Choong, KPM harus membuat keputusan yang bijak apabila mengumumkan pembukaan sekolah iaitu melihat dari segi dan dan kedudukan jangkitan serta kadar vaksinasi.

Dalam pada itu, Dr. Kiew berpendapat, sekiranya mahu sekolah dibuka juga demi kelangsungan pendidikan di negara kita satu pendekatan harus diwujudkan.

“Contohnya hanya membenarkan pembukaan sekolah dikawasan atau negeri yang berisiko rendah serta mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

“Buka secara berperingkat dan mesti memastikan semua guru disekolah terlibat mendapat vaksinasi lengkap,” ujarnya.

Namun bagi negeri lain, pembelajaran secara maya atau Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

Dr. Kiew Hen Choong
Komuniti GERAKAN Pulau Pinang