Berita Gerakan

Gerakan minta negeri hantar nama untuk bertanding PRU-15

Apr 16, 2022

KUALA LUMPUR – Semua Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) digesa supaya menyenaraikan nama calon-calon yang boleh diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, nama-nama bagi pencalonan itu perlu diserahkan kepada Ibu Pejabat Parti Gerakan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Katanya, langkah itu dibuat ekoran pengumuman yang UMNO apabila memutuskan untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15 serta langkah kerajaan yang membuat keputusan tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) selepas ia tamat 31 Julai depan.

Ujarnya, dua perkara itu jelas menunjukkan bahawa PRU-15 sudah semakin hampir dan disebabkan itu persediaan untuk menghadapinya perlu dilakukan segera.

“Selepas kita mendapat senarai nama itu kita akan buat rundingan dengan Perikatan Nasional agar diberikan ruang untuk kita (Gerakan) bertanding di kawasan-kawasan tertentu.

“Jadi, persediaan itu mesti kerana dalam PRN Melaka dan Johor satu kelemahan kita adalah persediaan di peringkat kawasan tidak cukup.

“Oleh itu, kita nak ambil kesempatan ini untuk buat persiapan lebih awal terutama dalam mendekati pengundi atau rakyat agar mereka dapat memberikan sokongan kepada kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakandi sini, hari ini.

Turut diadakan pada sidang media itu, peluncuran buku politik yang ditulis oleh Dominic sepanjang beliau menjadi teraju dalam parti Gerakan.

Dalam pada itu, Dominic berkata, Gerakan merangka program untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap politik tanahair yang dilihat semakin rendah ketika ini.

Katanya, rakyat seolah-olah tidak begitu mengendahkan kemaslahatan tersebut dan disebabkan itu keyakinan mereka untuk mengambil tahu berkenaan situasi politik negara amat rendah dan ia dibuktikan sebagaimana yang berlaku dalam PRN Johor dan Melaka.

Tambahnya, ia merupakan satu isu penting yang perlu diberikan perhatian dan langkah itu mengembalikan keyakinan rakyat itu harus dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Jika mereka tiada keyakinan kepada ahli-ahli politi, tidak ada kepercayaan kepada politik di dalam negara memang mereka tidak akan keluar undi pada PRU15 akan datang.

“Jadi, kita kena buat sesuatu agar rakyat kembali sedar akan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membela nasib mereka pada masa akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

植旷荣吁政府 严待国安干扰事件

植旷荣吁政府 严待国安干扰事件

(吉隆坡21日讯)民政党呼吁党员归队,踊跃出席来临周末(25日),晚上7时在民政党总部举办的56周年党庆晚宴,壮大党的声势及促进党员间交流,为来届大选重振旗鼓。

baca lagi
印度庙土地易主被迫搬迁 州政府提供土地 等庙方接受

印度庙土地易主被迫搬迁 州政府提供土地 等庙方接受

(居林19日讯)建在油棕园内的印度庙在土地易主后,面对搬迁问题,引发地方上印裔社群的不满;吉打州印裔事务委员会主席黄佳祯强调,吉打州政府没有拆除该庙的意愿,反而提供一片0.709英亩土地,作为该庙搬迁用途,目前等候庙方的接受。

baca lagi