Berita Gerakan

GERAKAN minta Pulau Pinang contohi negeri PN

Ogo 29, 2023

Gerakan menggesa kerajaan Pulau Pinang mengikut langkah Perikatan Nasional (PN) memberi peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk Adun pembangkang di negeri yang dikuasai mereka.

Parti itu berkata keputusan kerajaan negeri tidak memberi peruntukan sama rata kepada wakil rakyat menggambarkan sikap yang berat sebelah.

“Keputusan itu menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan kerajaan yang diketuai oleh beliau bukan sahaja kerajaan yang berat sebelah, tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk menghukum pengundi yang sokong PN dalam PRN ke-15 baru-baru ini.

“Gerakan menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk mengikut langkah kaki PN yang memberi peruntukan sama rata kepada semua Adun termasuk pembangkang di tiga negeri yang ditadbir oleh PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan kepada kesemua 11 Adun pembangkang mengikut dasar sedia ada.

Bagaimanapun, Chow berkata jumlah peruntukan itu tidak akan sama dengan yang diperuntukkan kepada Adun daripada kerajaan negeri.

“Kami (kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) akan meneruskan dasar yang sama dari segi peruntukan untuk ADUN kerajaan negeri dan pembangkang.

“Tetapi jumlahnya (peruntukan) tidak akan sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis angkat sumpah ADUN di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, semua Adun Pulau Pinang bagi penggal ini akan menggunakan baki peruntukkan penggal lalu untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing, lapor kosmo!.

Minggu lalu, NGO reformasi pilihan raya, Bersih memuji kerajaan Kelantan susulan pengumuman Menteri Besarnya, Mohd Nassuruddin Daud untuk menyediakan dana pembangunan kawasan sama rata kepada semua Adun negeri itu.

Ini termasuk dua kerusi DUN pembangkang Kelantan yang diwakili BN dan PH.

Menurut Bersih, peruntukan pembangunan kawasan sama rata yang dimulakan kerajaan Perak di bawah kepimpinan Saarani Mohamad sejak 2020 dan kini diikuti kerajaan Kelantan perlu diteladani negeri-negeri lain.

“Kematangan politik seperti yang dilakukan di Perak dan Kelantan adalah jalan ke hadapan untuk negara bergerak ke arah politik yang lebih profesional dan tidak menghukum hanya kerana berbeza ideologi politik,” kata Bersih.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi